Pages

Wednesday, December 14, 2011

Sama-sama kite beringat

Surah Luqman [31] : 14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Surah Al-Israa' [17] : 23

 Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.


YA Allah sesungguhnya hamba Mu ini sudah banyak melakukan kesalahan..bimbinglah hambaMu ini...semoga hambaMu ini sentiasa di bawah lindungan Kasih Mu.....
mak.....intan mintak maaf selama hari ini banyak melukakan hati mak......
abah...sesungguhnya intan sayang akan mak dan abah walaupun intan kadang-kadang tak nak dengar cakap dan melawan.....maafkan intan..




sama-sama lah kite mentaati perintah Allah dan kedua Ibu bapa kita..sesungguhnya berbuat baik kepada mereka adalah perkara yang diwajibkan oleh Allah dan ganjaran pahala yang menanti sekiranya kita ikhlas.....semoga peringatan ini sentiasa terpahat di lubuk hati aku...amin......aku tak dapat bayangkan bagaiman hidup ini tanpa mereka di sisi aku.....Ya Allah panjangkn lah umur kedua ibu dan bapa ku.....aminnn

wedding ceremony

salam semua.....

hujung-hujung tahun nie macam biasa la musim orang kenduri kawen kan....so semakin banyak la kad-kad undangan perkahwinan,pertunangan nak kene hadir.....kadang-kadang sehari 2-3 buah rumah kena pergi.....memang syok bangat la....nak2 makan free n sedap lak tu...adoi..konyang perot den nie ha......hihihi..so begitu jugalah aku nie.....asyik pergi kenduri rumah kawan-kawan....seronok sangat dapat tengok member bahagia dengan pilihan masing-masing...

so baru-baru nie..kawan sekolah teknik..wat majlis kenduri kawen die...kami pun pakat la ramai-ramai nak attend weeding dier...ade la dalam 6 buah kereta konvoi mai rumah dier...dan yang paling penting kami jadi orang terakhir datang lambat punye pasal....walaupun orang yang last tapi seronok dapat jumpe pengantin dan bergambar la ape lagi..sesi yang sangat di gemari..hihhi...


the bride HAJAR

HANTARAN

wif hantaran..muke daa minyak giler

nak perasan n berangan jap

miss iZzah,miss Leya,miss chUng


Selesai semua sesi bergambar dan bersalaman bersama pengantin serta keluarga..kami pun meneruskan perjalanan..ada yang terus balik rumah dan ada yang rancang nak pegi ke tasik Chini....kami pun join la ape lagi..sementara ada masa kan.....jadik ambik keputusan untuk lepak tasik jap.....

here i come....

miss Leya again

miss izzAh

lepas lepak-lepak kami pun pulang....having so much fun on that day and we will always pray for your happiness Mrs Hajar and husband....wishing u best of luck and cepat-cepat timang baby......