Pages

Monday, February 20, 2012

masih belum terlambat

salam semua
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk hidup lagi di atas muka bumi Allah ini..
masih lagi berupaya untuk berjalan dan menerokai alam semesta...syukur.....

sebelum apa-apa,aku nak teruskan dengan peringatan untuk diri sendiri dahulu....
semua akan melalui masa tua..
semua akan melalui masa susah
semua akan melalui detik derita dalam kehidupan

tiada yang berkecuali....
iya...Tuhan itu maha adil lagi bijaksana..
segala yang berlaku mempunyai hikmah dan petunjuk di sebaliknya..
tapi sebagai manusia biasa kite tidak akan mampu lari dari segala Qada' dan Qadar...

namun apa yang sangat merugikan adalah apabila kita berselindung disebalik kemungkaran yang dilakukan..
sesungguhnya...sekiranya kita masih berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t..kita tidak akan pernah tergamak untuk berbuat sedemikian..
setelah apa yang telah dikorbankan untuk kita...kita campak dia begitu sahaja....segala wang ringgit dan perhiasan sudah tiada padanya...dia ditinggalkan berseorangan..ke mana anak-anak yang dibesarkan nya???
alangkah sedih dan hiba....melihat penderitaan seorang ibu yang mencari kasih sayang anaknya yang telah membuangnya dalam kehidupan masing-masing.

hiduplah mereka di atas muka bumi ini..sekalipun kamu beroleh kesenangan,maka beringat lah..kesenangan yang kamu perolehi di atas penderitaan orang lain tidak akan mendapat berkat..kejarlah duniawi ini semata tanpa mengira masa....kejarlah kesenangan kamu...kejarlah harta dan wang ringgit yang tiada kesudahan..
sesungguhnya...hati kamu tidak akan pernah lapang dan berasa DAMAI....masyaAllah..

Allah sentiasa ada...Dia yang maha melihat,maha mengetahui,maha mendengar....
semoga masih belum terlambat untuk kamu bertaubat..mencari di mana kesilapan...mencari di mana keberkatan....

dan ingatlah..setiap apa yang dilakukan kepada sesiapapun..balasan yang akan kite dapat akan menjadi berganda daripada yang kita lakukan....

semoga aku tidak tergolong dalam kalangan insan sebegini....InsyaAllah.....
 Ya Allah semoga Engkau peliharalah keluargaku daripada azab api nerakaMu...amin