Pages

Tuesday, April 3, 2012

Berkat kesabaran

assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah.....syukur sangat-sangat..
hati lebih tenang dan mood sudah kembali pulih seperti sediakala...
semalam memang serius aku stress....projek aku asyik tak jadik je...semester ni macam-macam dugaan melanda....
Ya Allah kuatkan lah hati hambaMu ini...

Hari nie...aku dah nekad nak pergi jumpe supervisor aku...Dr.Jugah...and tell him everything about my project...

masa nak pulang kan Wood vinegar kat dia...aku pun bagitahu la kan....fungi (Kulat) aku asyik tercemar je (betul ke ayat aku nie).

So...dr pun pelik jugak la kan kenapa asyik jadik macam tu..then die pun buat kesimpulan mayb udara dalam cuture chAmber aku dah tercemar walaupun aku dah bersihkan dengan Alkohol...

sebabkan itu..Dr suruh aku amik (spore) kulat aku tu..dan simpan dalam LCB (lactofenol cotton blue) dan simpan untuk buat spore counting...for the last parameter of my project...

akhirnya...........syukur...Alhamdulillah sangat-sangat.....

Aku tahu..mesti korang tak bape faham term yang aku guna kat dalam nie kan....takpe korang...aku akan terangkan dengan lebih jelas lagi...
  • Wood vinegar
atau lebih dikenali sebagai cuka kayu.dibuat melalui proses pembakaran dan wap air yang terhasil dikutip dan menjadikan ianya cuka kayu. benda ni baru lagi kat Malaysia tapi dah lame diperkenalkan dekat Thailand, China dan Taiwan.
  • spore counting 
spore counting ataupun dalam bahasa melayu pengiraan spora (betul la kot aku translate kan) di buat untuk tengok sama ada kulat yang hidup di atas media mempunyai spora atau tidak. Ia juga bertujuan untuk melihat kadar pertumbuhan spora kulat tersebut.
  •   Contamination
  berlaku apabila kulat yang dikultur tercemar dengan pertumbuhan kulat-kulat yang tidak dikehendaki oleh aku. ia juga berlaku oleh sebab ketidakbersihan tempat.udara persekitaran dan juga barang yang digunakan tidak di sterilkan terlebih dahulu.
  •  kulat (fungus)
fungi yang aku guna dalam projek aku nie adalah Fusarium sp. . kulat jenis nie adalah soil borne pathogen yang membawa banyak penyakit pada tumbuh-tumbuhan nak-nak pada biji benih dan juga pasca percambahan biji benih. Aku nak elakkan benda nie terjadi so,aku tengah keep on working on that la.....

okey....aku dah lenguh nak menulis nie....padahal menaip je kan....aku nak berehat kejap..petang nie ade kelas lagi...
see you.......next entry..
thank you...
bubye.....