Pages

Monday, November 18, 2013

K.A.W.A.N

Assalamualaikum...

 entry kali ni..just nak kasi tahu kat korang yang....aku dan kawan-kawan lepak dan jalan-jalan kat putrajaya....maklumlah..dah lama tak jumpa, anyway gambar yang korang bakal tengok nanti masa kiteorang konvo dulu...tapi time entry konvo aku tu, banyak sangat gambar nak dimasukkan...tak ke gitu...dah nama pun lepak dengan kawan2 kan..mestilah gambar melimpah ruah.....hahahha

maka dengan itu, cewah ayat aku macam cikgu BM lak......kami pun bergegas ke putrajaya dengan kereta pakwe shifa......hehehe...dah ramai bawak kereta la kan korang....tapi yang penting tidak membazir nak pergi banyak kereta.....save minyak korang.....since semalam tengok 3R, pasal merancang kewangan, aku pun teringat la nak buat entry pasal nie.....okey berbalik semula pada entry aku yang tadi, ha kan dah melalut.....nak sangat cerita pasal kewangan.....

Kami nak buat photoshoot pre-konvo sebenarnya......dan nak jimat duit sekaligus.......pada aku sesuai la bagi kami yang agak dekat dengan putrjaya, kos pun tak banyak dan duit minyak boleh la kiteorang tong2 kan.....(kongsi-kongsi). banyak sebenarnya tempat free yang kita boleh pergi dengan kos yang ciput. nak dengan tak nak aje...sesekali berbelanja boleh tapi aku yang boros nie..memang kena buat perbelanjaan dengan berhemah...(berhemah sangat)

kami pergi putrajaya pun dah petang...sempat lah sekejap amik gambar reramai nie......korang layan jela gambar aku okey,...







dan....inilah kawan aku sejak zaman belajar di Bintulu sampai lah ke Serdang.......walaupun jarang jumpa dan berborak tapi kami tetap kawan...... dah masing2 kerja bukan sama....aku dan shifa je yang sama buat masa ni.....hehehehe

sebelum entry aku tamat.........aku harap kita kawan sampai bila-bila........=)

Monday, November 11, 2013

Le Sisters Collection

Assalamualaikum.....

berehat sekejap dari berblog.....hidup makin sibuk dengan tugas kerja dan juga persiapan perkahwinan......kahwin siapa?? kahwin Kakak aku......In shaa Allah lagi dua minggu jugak..... Dan yang paling penting.....Aku nak bagitahu...Kami ada bukak jualan online kami sendiri sudah.....Alhamdulillah dah hampir setengah tahun sudah..... kalau rerajin.....like la page kami....... dalam facebook...Le Sisters Collection. kami menjual pelbagai jenis baju,blaus, seluar pallazo, maxi skirts, maxi dress, shawl dan lain-lain lagi.

tapi,ada pengkhabaran yang agak terpaksa iaitu operasi kami akan ditunda buat sementara....atas sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu majlis perkahwinan salah seorang CEO kami..........Dan oleh sebab itu, kami tidak akan beroperasi sehingga awal bulan 12 ini....nanti kami akan maklumkan bila kami akan beroperasi semula.......




till then.....






jumpa lagi korang...........

Thursday, November 7, 2013

Allah sentiasa Ada...

Alhamdulillah.......salam semua....

mood nak menulis dah ada balik....maklumlah kadang-kadang kekangan masa dan kerja serta line internet yang takde memang mengganggu....tapi bile datang mood tu...tak boleh tidak nak jugak menulis n mencoret....entry kali ni...just nak sharing some tips untuk pelajar SPM yang dah pun bermula semalam..kepada bekas anak murid cikgu...cikgu doakan kalian boleh menjawab dengan tenang dan curahkan semua ilmu yang kalian baca dan fahami....In Sha Allah.....beroleh kejayaan....
  • tips - tips 
  1. Banyakkan solat sunat dan solat hajat
  2. Mintak maaf daripada kedua orang tua.
  3. Mintak maaf pada guru-guru dan rakan-rakan
  4. Mengulangkaji dengan suasana yang tenang
  5. Memahami bukan menghafal.
  6. Banyakkan bertanya dan berbincang dengan guru dan rakan-rakan
  7. Banyakkan selawat.
  8. Tidur awal.
  9. Menjaga pemakanan dan kesihatan.
  10. Bangun tidur dengan niat untuk menjawab dengan tenang. 
beberapa tips yang aku biasa buat masa aku belajar dahulu dan aku praktik kan sampai sekarang....yang penting niat korang semua. Kita dah usaha dan lepas tu....kita tawakal pada Allah...

walau apapun, jangan pernah menjawab dengan niat nak meniru ye adik-adik sekalian......tak baik....gunakan akal yang Allah bagi pada kita dengan sebaiknya....jangan suka ambil jalan mudah..,kalau tak lalui jalan yang sukar dan susah..kita takkan hargai masa senang itu nanti kan.....

Akhir kata.......Allah sentiasa Ada dengan kita...bila-bila masa dan ketika...Banyakkan berdoa agar beroleh ketenangan daipadaNya. Restu ibu dan bapa serta guru-guru juga membolehkan kejayaan milik anda semua....Usaha tanggan kejayaan...Good Luck untuk SPM dan semiga korang berjaya dalam semua bidang yang korang pilih.......

harap-harap tips ini dapat membantu korang dalam menghadapi peperiksaan..amin....



Friday, November 1, 2013

Percutian Keluarga Part 2

Assalamualaikum......


seperti yang aku janjikan...untuk menyambung percutian keluarga aku bahagian 2....mule2 aku dan keluarga melawat Pusat pemuliharaan Gajah.....kemudian kami terus bergegas ke taman rusa pulak...ha kan.....bukan boleh kiteorang nie kalau pasal binatang...kemain semangat nak pergi nye....

pintu masuk ke taman rusa
Apa lagi la kami.......tapi sebelum korang nak masuk..korang kenalah daftar dahulu....maksud daftar tu, kena bayar tao....rm2.00  per person.... dan yang penting..di sini jugak korang akan dapat sticker untuk ditampal....menandakan yang korang dah daftar dan boleh la masuk ke dalam taman tersebut.





dekat sini jugak korang boleh bagi makan rusa dengan sendiri...makanan diberikan secara percuma. kami sekeluarga apa lagi..memang eksaited la kan.....berebut jugak la nak bagi makan rusa tu...tapi ada jugak yang degil, main campak aje makanan dan kena marah dengan penjaga rusa tersebut. Memang la haiwan, tapi kenalah layan dengan elok.....bukan main hentam buat sesuka hati......best apa dapat bagi makan live lagi....




giler hebat aku.....hhahahahaha
Kalau korang dapat kesempatan untuk pergi dekat sini, aku sarankan korang pergi ke taman rusa ini..macam-macam korang dapat info dan pengetahuan. Sebab banyak benda boleh dipelajari dan kita akan lebih menghargai binatang.

aku dah tunaikan janji ku nak update untuk korang.....memang la lambat..mintak maaf la korang....bertindih-tindih entry aku nak buat..ginilah jaiknye..nampak tak permainan kat situ.....


harap-harap korang dapat info dengan entry aku kali ni......bukan mahal pun korang......dan yang penting seronok. Dapat luangkan masa dengan famili.....Famili adalah keutamaan tao korang......jangan lupa tu......=)

Thursday, October 31, 2013

Hmmm... cuti- cuti (PART 1)

Salam semua

cukup sudah perihal konvokesyen aku dah lepas..maka back to work...... maklumlah kerja makan gaji...bukan kerja sendiri...hahahaha..kadang-kadang rasa nak kerja sendiri je korang.....ke macam mana?? ada idea lagi bernas tak daripada idea aku.....well kali nie aku nak cerita percutian aku dan keluarga di Cameron Highlands...... Anyway tak plan pun nak pergi sana...tapi tup tup sampai dah ke Cameron....hehehehe...bila planning memang jarang jadik..maka jangan planning terus..hihihihihi..
Kami pergi 2 hari....hari sabtu pergi dan Ahad balik dah....takde la lama mana, abah nak get rest otak dan hilangkan penat kerja aja dia cakap...sambil-sambil bawak mak jalan-jalan....Kami macam biasa la.....pengikut setia....

penginapan kami....dan sangat berpuas hati
bilik Mak n Abah

bilik Kakak n Adik

bilik Aku n Adik

Ruang tamu..luas dan kemas

selesa dan kemas...

bapak Aku semangat muke.....nak bercuti....hihihi
kami........Anak Pok Ha
 Lepas dah masuk rumah, kami pun keluar untuk beli makanan, Mak n abah macam biasa la...tak join nak rest. Kami berempat apa lagi...berjimba la kan...hihihi..motip sangat keluar cari makan tu.padahal nak jalan-jalan cuci mata.

Balik rumah....semua penat dan kiteorang terus tidur tak sedarkan diri....well bila badan dah penat kan..memang seronok untuk tidur......korang tahu jela dekat Cameron tu sejuknya macam mana kan...Esoknya..........sesi bergambar la kan...macam tak biasa kami sekeluarga.


























settle semua barang dan angkut masuk kereta...kami pun bertolak ke ladang teh Cameron...Nak sangat minum teh sambil melihat view ladang teh......baru feeling-feeling kan korang......tapi malangnya ramai sangat orang dan kami pun pergi terus berjalan ke ladang teh.... jauh tapi seronok.....

Ladang Teh

Add caption

Mak n Abah

Kami.......=)
macam-macam lagi tempat kami pergi...tapi makin panjang pulak aku bebel kang...buat masa ni..aku sajikan korang dengan yang ini dahulu...hihihi....

Percutian Keluarga Part 2 pun aku tak post lagi kan......nanti aku postkan untuk korang.....okeylah.nak sambung buat kerja dulu...curik-curik masa nie ha......



Thank for reading my blog........


Wednesday, October 30, 2013

Majlis Konvokesyen UPM kali ke-37

salam semua.....

well.....entry kali ini.....dah memang tahu pun majlis konvokesyen aku.....dekat mana?? mestilah dekat UPM, Serdang korang....Alhamdulillah...setelah 3 tahun setengah aku belajar.....Akhirnye...Aku bergraduat....Alhamdulillah dan aku syukur sangat..... Siapa sangka kan, mula-mula macam tak nak belajar tapi akhirnya aku dah graduasi pun.... 29 oktober 2013 adalah hari bersejarah pada aku dan keluarga.....
Terima kasih aku nak ucapkan pada semua yang banyak membantu aku terutamanya mak n abah, adik beradik, Kawan-kawan, Pensyarah dan juga sesiapa yang terlibat secara tidak lansung dalam pembelajaran aku sepanjang berada di upm.

Aku jugak nak bagitahu dekat korang yang aku memang gembira tahap tertinggi la pada hari semalam...Alhamdulillah jugak cuaca sangat elok dan tidak hujan....Al maklumlah..korang mestilah tahu kan sekarang dah masuk musim hujan....maka aku memang risau semalam takut hujan....dahla mak n abah tak boleh kena hujan..dengan majlis hari selasa lagi.....nak kerja lagi esoknya.....kerisauan tu berganda-ganda...sebab tula aku datang agak awal supaya famili boleh jalan-jalan di pesta konvo dan boleh ambil gambar dahulu, sebab takut petang hujan....

Bacelor aku dahla sesi kelapan dan sesi yang paling akhir korang..memang kebiasaannya macam tu jugak..nak-nak batch kali nie memang ramai....tapi kisah jugaklah nape tak sesi yang pertama kan....Ala janji dah settle pun korang aku grade.... so macam biasa la kan........masa untuk gambar....=)

our moment pre-konvo
thank you girlies

our time....pre-konvo
Add caption


pose pose

mommy to be jaja....can't wait

bride to be..ayin congrats
hari konvo ayin....congrats dear....
dan ini pulak gambar time aku konvo..........


sistahood....moment

lil bro....moment

i'm happy...this is for you my parents

mak n abah...love u


Monday, October 28, 2013

Outstation (Bukit Tangga, Kedah)

salam semua...

21 oktober sampai 23 oktober 2013..

aku outstation korang.....ha pegi mane???? cube la teka sekejap.....hahahahaha harusla korang tak tahu kan....aku pergi Kedah korang...hoorraaayyyy...cheq mai Kedah no.....hihihihihi... Aku pergi stesen Mardi Bukit Tangga, Kedah. pergi buat apa??? buat kerja la korang......ambil data penyakit tanaman Nenas. Ianya adalah serangan Bakteria Reput Teras. Dan ianya sangat busuk korang......heq khabaq kat angpa...tapi apa-apa pun dah kerja kan....haruslah dibuat juga.....

Aku pergi berdua dengan staff di bawah Dr. aku jugak....kira senior aku la korang....so plus dengan driver jadilah 3 orang. kami bertolak pagi Isnin dan balik pada rabu tengah hari... Alhamdulillah sangat masa tengah ubat kerja tu tak hujan....hari panas. maka dapatlah kami siapkan kerja dengan cepat dan mudah.....

Al maklumlah sekarang kan musim hujan...dah nak masuk hujung-hujung tahun ni..... kerja kiteorang kena analisis peratusan pokok yang telah diserang dengan jangkitan penyakit Bakteria reput Teras. musim hujan adalah faktor yang akan mempercepatkan kadar penyebaran penyakit ini. sebab berair dan keadaan lembap sentiasa. sebab itu, analisis ini dilakukan untuk melihat kadar jangkitan untuk 1750 pokok nenas dengan 7 rawatan yang berbeza.skema giler ayat aku kan..tapi ni kira penerangan la pada korang. sebab penyakit ni mudah merebak melali,angin,air,vektor dan jugak sentuhan. Kadang-kadang manusia juga menjadi agen penyebaran penyakit. ha yang ini memang kena tahu......hehehhehe

ladang nenas (plot kami )


buah nenas yang telah dijangkiti penyakit.

pokok sihat...

Ada jugak pokok yang telah terkena penyakit ini dan tumbauh dengan anak yang baru, tapi anak yang baru itu juga akan mendapat penyakit yang sama jika tidak dikawal, penjarangan pokok dan juga semburan racun adalah diperlukan untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, sekiranya sudah terkena jangkitan penyakit ini, kita diharuskan untuk membuang atau mencabut pokok yang terkena jangkitan penyakit dan melupuskan pokok tersebut.  kalau korang tanam dalam skala yang besar, kerugian besar akan berlaku dan pembentukkan buah nenas juga akan terbantut . Sebab itulah pentingnya kaedah analisis data dan penyakit ini.

So, korang dah dapat info yang berguna sekiranya ada masalah seperti ini berlaku. Jangan ambil remeh dengan penyakit tanaman. ianya boleh membawa kerugian dan masalah yang buruk pada petani.......


till then....see ya next entry.......



thanks sebab sudi baca.....=)