Pages

Monday, November 18, 2013

K.A.W.A.N

Assalamualaikum...

 entry kali ni..just nak kasi tahu kat korang yang....aku dan kawan-kawan lepak dan jalan-jalan kat putrajaya....maklumlah..dah lama tak jumpa, anyway gambar yang korang bakal tengok nanti masa kiteorang konvo dulu...tapi time entry konvo aku tu, banyak sangat gambar nak dimasukkan...tak ke gitu...dah nama pun lepak dengan kawan2 kan..mestilah gambar melimpah ruah.....hahahha

maka dengan itu, cewah ayat aku macam cikgu BM lak......kami pun bergegas ke putrajaya dengan kereta pakwe shifa......hehehe...dah ramai bawak kereta la kan korang....tapi yang penting tidak membazir nak pergi banyak kereta.....save minyak korang.....since semalam tengok 3R, pasal merancang kewangan, aku pun teringat la nak buat entry pasal nie.....okey berbalik semula pada entry aku yang tadi, ha kan dah melalut.....nak sangat cerita pasal kewangan.....

Kami nak buat photoshoot pre-konvo sebenarnya......dan nak jimat duit sekaligus.......pada aku sesuai la bagi kami yang agak dekat dengan putrjaya, kos pun tak banyak dan duit minyak boleh la kiteorang tong2 kan.....(kongsi-kongsi). banyak sebenarnya tempat free yang kita boleh pergi dengan kos yang ciput. nak dengan tak nak aje...sesekali berbelanja boleh tapi aku yang boros nie..memang kena buat perbelanjaan dengan berhemah...(berhemah sangat)

kami pergi putrajaya pun dah petang...sempat lah sekejap amik gambar reramai nie......korang layan jela gambar aku okey,...







dan....inilah kawan aku sejak zaman belajar di Bintulu sampai lah ke Serdang.......walaupun jarang jumpa dan berborak tapi kami tetap kawan...... dah masing2 kerja bukan sama....aku dan shifa je yang sama buat masa ni.....hehehehe

sebelum entry aku tamat.........aku harap kita kawan sampai bila-bila........=)

Monday, November 11, 2013

Le Sisters Collection

Assalamualaikum.....

berehat sekejap dari berblog.....hidup makin sibuk dengan tugas kerja dan juga persiapan perkahwinan......kahwin siapa?? kahwin Kakak aku......In shaa Allah lagi dua minggu jugak..... Dan yang paling penting.....Aku nak bagitahu...Kami ada bukak jualan online kami sendiri sudah.....Alhamdulillah dah hampir setengah tahun sudah..... kalau rerajin.....like la page kami....... dalam facebook...Le Sisters Collection. kami menjual pelbagai jenis baju,blaus, seluar pallazo, maxi skirts, maxi dress, shawl dan lain-lain lagi.

tapi,ada pengkhabaran yang agak terpaksa iaitu operasi kami akan ditunda buat sementara....atas sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu majlis perkahwinan salah seorang CEO kami..........Dan oleh sebab itu, kami tidak akan beroperasi sehingga awal bulan 12 ini....nanti kami akan maklumkan bila kami akan beroperasi semula.......




till then.....






jumpa lagi korang...........

Thursday, November 7, 2013

Allah sentiasa Ada...

Alhamdulillah.......salam semua....

mood nak menulis dah ada balik....maklumlah kadang-kadang kekangan masa dan kerja serta line internet yang takde memang mengganggu....tapi bile datang mood tu...tak boleh tidak nak jugak menulis n mencoret....entry kali ni...just nak sharing some tips untuk pelajar SPM yang dah pun bermula semalam..kepada bekas anak murid cikgu...cikgu doakan kalian boleh menjawab dengan tenang dan curahkan semua ilmu yang kalian baca dan fahami....In Sha Allah.....beroleh kejayaan....
  • tips - tips 
  1. Banyakkan solat sunat dan solat hajat
  2. Mintak maaf daripada kedua orang tua.
  3. Mintak maaf pada guru-guru dan rakan-rakan
  4. Mengulangkaji dengan suasana yang tenang
  5. Memahami bukan menghafal.
  6. Banyakkan bertanya dan berbincang dengan guru dan rakan-rakan
  7. Banyakkan selawat.
  8. Tidur awal.
  9. Menjaga pemakanan dan kesihatan.
  10. Bangun tidur dengan niat untuk menjawab dengan tenang. 
beberapa tips yang aku biasa buat masa aku belajar dahulu dan aku praktik kan sampai sekarang....yang penting niat korang semua. Kita dah usaha dan lepas tu....kita tawakal pada Allah...

walau apapun, jangan pernah menjawab dengan niat nak meniru ye adik-adik sekalian......tak baik....gunakan akal yang Allah bagi pada kita dengan sebaiknya....jangan suka ambil jalan mudah..,kalau tak lalui jalan yang sukar dan susah..kita takkan hargai masa senang itu nanti kan.....

Akhir kata.......Allah sentiasa Ada dengan kita...bila-bila masa dan ketika...Banyakkan berdoa agar beroleh ketenangan daipadaNya. Restu ibu dan bapa serta guru-guru juga membolehkan kejayaan milik anda semua....Usaha tanggan kejayaan...Good Luck untuk SPM dan semiga korang berjaya dalam semua bidang yang korang pilih.......

harap-harap tips ini dapat membantu korang dalam menghadapi peperiksaan..amin....



Friday, November 1, 2013

Percutian Keluarga Part 2

Assalamualaikum......


seperti yang aku janjikan...untuk menyambung percutian keluarga aku bahagian 2....mule2 aku dan keluarga melawat Pusat pemuliharaan Gajah.....kemudian kami terus bergegas ke taman rusa pulak...ha kan.....bukan boleh kiteorang nie kalau pasal binatang...kemain semangat nak pergi nye....

pintu masuk ke taman rusa
Apa lagi la kami.......tapi sebelum korang nak masuk..korang kenalah daftar dahulu....maksud daftar tu, kena bayar tao....rm2.00  per person.... dan yang penting..di sini jugak korang akan dapat sticker untuk ditampal....menandakan yang korang dah daftar dan boleh la masuk ke dalam taman tersebut.





dekat sini jugak korang boleh bagi makan rusa dengan sendiri...makanan diberikan secara percuma. kami sekeluarga apa lagi..memang eksaited la kan.....berebut jugak la nak bagi makan rusa tu...tapi ada jugak yang degil, main campak aje makanan dan kena marah dengan penjaga rusa tersebut. Memang la haiwan, tapi kenalah layan dengan elok.....bukan main hentam buat sesuka hati......best apa dapat bagi makan live lagi....




giler hebat aku.....hhahahahaha
Kalau korang dapat kesempatan untuk pergi dekat sini, aku sarankan korang pergi ke taman rusa ini..macam-macam korang dapat info dan pengetahuan. Sebab banyak benda boleh dipelajari dan kita akan lebih menghargai binatang.

aku dah tunaikan janji ku nak update untuk korang.....memang la lambat..mintak maaf la korang....bertindih-tindih entry aku nak buat..ginilah jaiknye..nampak tak permainan kat situ.....


harap-harap korang dapat info dengan entry aku kali ni......bukan mahal pun korang......dan yang penting seronok. Dapat luangkan masa dengan famili.....Famili adalah keutamaan tao korang......jangan lupa tu......=)