Pages

Thursday, July 18, 2013

beberapa jenis tingkah laku yang tak boleh blah

salam semua...

entry kali ini bukan la emosi yang terlampau atau kemarahan yang bertandang tapi sebagai peringatan..benda ini berlaku sepanjang bulan ramadhan,terutama apabila aku nak pergi terawih..

situasi  1
meletak kereta dihadapan or dibelakang kereta lain..ini memang kesalahan yang remeh tp boleh menyumbang kepada dosa secara tidak langsung.dan hal ini terjadi pada aku. aku paham korang bergegas nak masuk masjid tunaikan solat jemaah bersama-sama tapi kita kena bertimbang rasa jugak kepada orang lain.INI tak,parking sesuka hati dan menyusahkan orang lain untuk keluar dari perkarangan masjid.niat tu dah molek tp cara tue nyebabkan anda mendapat dosa.aku ada terdengar akan hal ini dalam tv dan ustaz tersebut telah memberi keterangan berkaitan dengan hal ini.

situasi 2
ketika membeli juadah berbuka puasa.ada sekali aku n adik kena beratur untuk membeli murtabak di bazar ramadhan.lebih kurang dalam 1 jam kami terpaksa beratur kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan status yang dimiliki untuk mendapat turn dengan cepat.perbuatan ini sangatlah tidak elok dan tidak wajar dilakukan, awak berstatus HAJI  dan berkopiah tp tidak  menunjukkan perangai yang baik kepada orang lain.di mana timbang rasa dan budi bahasa awak.sedih melihat situasi ini. mentaliti kita masih berada di tahap bawah.


situasi 3
berkelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai. ini adalah satu penghinaan di bulan ramadhan yang penuh barakah. aku tak cakap aku alim atau baik sangat tapi sekurang-kurangnya hormat lah. bukan mati pun kalau buat perangai elok.dapat pahala dan orang pun mendoakan yang baik untuk kita. inshaALLAH


Sama-samalah kita memcari redha ALLAH bukan sahaja didunia malahan diakhirat juga.

dikesempatan ini juga,aku nak mintak maaf mana2 ada kesalahan yg aku buat sama ada sedar atau tidak. Aku harap korang dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan dan penuh berkat. inshaALLAH.