Pages

Wednesday, August 21, 2013

Percutian keluarga PART 1

tajuk tak boleh blah kan....

wokey.....sekarang mood nak menulis dan membebel dekat blog agak hebat jugak...ada masa lapang dan idea nak kongsi dengan korang kan...entry ni dah lama nak reveal kan...tapi asyik duk dalam draft aku aje...sekarang aku dah ada masa untuk sambung tulis balik, jadi aku nak ceritakan la percutian keluarga aku ini.

kiteorang da rancang nak bawak anak-anak sedare aku jenjalan. tapi takdelah jauh mane pun korang..dah pernah pergi pun sebelum ini..tempat nye itu adalah KUALA GANDAH, Lanchang Pahang.

barang siapa pernah ke sana silalah angkat tangan tinggi-tinggi. Kami pergi pagi-pagi sebab dari kuantan makan masa dalam 2 jam lebih jugak nak sampai ke sana. kalau dari Kuala Lumpur cepat sikit tau. Dari temerloh lagi la cepat.hihihi   tapi tak kisahlah dari mana asalkan sampai tempat yang di tuju kan..

bile dah sampai sana, korang kena register dulu tao...dan korang akan diberi sticker untuk lekatkan kat mana yang korang suka. Dan yang best nye....FREE korang...

tempat pendaftaran, masuk-masuk jumpe benda ni dulu.
lepas korang dah daftar tu, korang kena la berjalan hingga ke kawasan gajah ditempatkan

okey bila dah jumpe si gajah ini..korang berada di tempat yang betul...hihihi

bile dah jumpe...ape lagi... sesi memberi makan pada gajah-gajah tersebut...






tapi untuk informasi anda semua, makanan untuk gajah adalah di jual berasingan..nak bagi makan gajah kena beli dahulu...antara yang dijual adalah


  • Tebu
  • Kacang
lama jugak la kami sekeluarga kat sana...gajah-gajah tu pun cerdik dan pandai mintak untuk makan, comel bak hang..hihihi

tapi yang sedih, ada gajah yang hilang kaki, tapak kaki die dah takde sebab kena jerat/perangkap

\tengok kaki die..sedih....=(
bawak anak-anak kat sini secara tak langsung mengajar mereka untuk mengenal haiwan dan bagaimana kita nak sayang pada haiwan, bukan hanya pada gajah malahan haiwan lain juga. Sebab haiwan jugak kan makhluk Allah. Kasihkan binatang. Anak-anak pun akan buat benda yang sama, kalau tak ajar dari kecik bile lagi kan... melentur buluh biarlah dari rebungnya........

Akhir sekali aku nak cakap, kalau sampai sekarang kita masih lagi tak nak selamatkan gajah dan membuat pemuliharaan terhadap habitat gajah, mungkin satu hari nanti kita hanya tengok patung atau langsung dah tak tahu apa itu gajah.. sama-sama la kita bertanggungjawab dan hentikan pemburuan haram terhadap haiwan. 





p/s : part 2 akan menyusul korang......kali nie tentang rusa pulak....stay tuned uollss