Pages

Tuesday, September 24, 2013

Perihal Temuduga

salam love

minggu lepas aku telah menghadiri satu temuduga di Hospital serdang, dan aku telah mendapat panggilan telefon dua hari sebelum aku temuduga itu. apa lagi kan aku...terlebih suka dan gembira la...walaupun boleh kata dah lebih 5 kali aku datang untuk temuduga.

Aku sampai awal untuk sesi temuduga dan terima kasih pada kakak aku yang sudi menghantar aku. dan bermulalah kenangan yang tidak boleh aku lupakan..aku masuk aje ke dalam hospital,aku terus menuju ke kaunter pertanyaan di manakan tempat yang telah dimaklumkan pada aku untuk sesi temuduga tersebut. maka dengan yakin aku menuju ke sana. alangkah terkejut nye aku,aku telah sesat sehingga ke rumah mayat...OMG scary nye korang. seram sejuk dah aku rasa,mujurlah aku terserempak dengan seorang lagi yang datang untuk temuduga. aku pun terus selamba tanya dia sama ada dia datang untuk temuduga.dan kami pun cari sama2. akhir sekali aku telefon tempat tersebut dan bertanya di mana sebwnarnya lokasi tempat itu. barulah aku berjumpa. banyak sungguh dugaan aku sebelum sampai ke tempat itu.

yang nak jadikan cerita, yang buat aku lagi sakit hati adalah....mereka sudah ada calon confirm untuk jawatan yang dipohon,alangkah kecewa hatiku ini...aku mungkin lah tak rasa sangat sebab aku datang dari Pahang aje,seorang lagi kawan yang aku jumpa masa temuduga itu,datang dari Kelantan. jauh tu korang tapi kedatangan kami adalah sia sia. pada pendapat aku,sekiranya mana mana pihak yang sudah ada calon confirm,silalah jangan panggil orang lain, untuk sesi temuduga sebab kalau tak berapa jelas perasan itu mungkn orang lain tidak perasan,tapi apa yang terjadi pada aku tempoh hari adalah sangat jelas. aku yakin ada di antara korang yang pernah mengalami situasi begini,dan ianya memang wujud sekarang untuk mana mana tempat. tapi rezeki itu kan ALLAH yang bagi, yakin dengan ketentuan Allah. mungkin bukan sekarang rezeki untuk aku, aku kena sabar dan usaha, kemudian baru tawakal pada Allah. in sha Allah...amin