Pages

Monday, October 28, 2013

Outstation (Bukit Tangga, Kedah)

salam semua...

21 oktober sampai 23 oktober 2013..

aku outstation korang.....ha pegi mane???? cube la teka sekejap.....hahahahaha harusla korang tak tahu kan....aku pergi Kedah korang...hoorraaayyyy...cheq mai Kedah no.....hihihihihi... Aku pergi stesen Mardi Bukit Tangga, Kedah. pergi buat apa??? buat kerja la korang......ambil data penyakit tanaman Nenas. Ianya adalah serangan Bakteria Reput Teras. Dan ianya sangat busuk korang......heq khabaq kat angpa...tapi apa-apa pun dah kerja kan....haruslah dibuat juga.....

Aku pergi berdua dengan staff di bawah Dr. aku jugak....kira senior aku la korang....so plus dengan driver jadilah 3 orang. kami bertolak pagi Isnin dan balik pada rabu tengah hari... Alhamdulillah sangat masa tengah ubat kerja tu tak hujan....hari panas. maka dapatlah kami siapkan kerja dengan cepat dan mudah.....

Al maklumlah sekarang kan musim hujan...dah nak masuk hujung-hujung tahun ni..... kerja kiteorang kena analisis peratusan pokok yang telah diserang dengan jangkitan penyakit Bakteria reput Teras. musim hujan adalah faktor yang akan mempercepatkan kadar penyebaran penyakit ini. sebab berair dan keadaan lembap sentiasa. sebab itu, analisis ini dilakukan untuk melihat kadar jangkitan untuk 1750 pokok nenas dengan 7 rawatan yang berbeza.skema giler ayat aku kan..tapi ni kira penerangan la pada korang. sebab penyakit ni mudah merebak melali,angin,air,vektor dan jugak sentuhan. Kadang-kadang manusia juga menjadi agen penyebaran penyakit. ha yang ini memang kena tahu......hehehhehe

ladang nenas (plot kami )


buah nenas yang telah dijangkiti penyakit.

pokok sihat...

Ada jugak pokok yang telah terkena penyakit ini dan tumbauh dengan anak yang baru, tapi anak yang baru itu juga akan mendapat penyakit yang sama jika tidak dikawal, penjarangan pokok dan juga semburan racun adalah diperlukan untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, sekiranya sudah terkena jangkitan penyakit ini, kita diharuskan untuk membuang atau mencabut pokok yang terkena jangkitan penyakit dan melupuskan pokok tersebut.  kalau korang tanam dalam skala yang besar, kerugian besar akan berlaku dan pembentukkan buah nenas juga akan terbantut . Sebab itulah pentingnya kaedah analisis data dan penyakit ini.

So, korang dah dapat info yang berguna sekiranya ada masalah seperti ini berlaku. Jangan ambil remeh dengan penyakit tanaman. ianya boleh membawa kerugian dan masalah yang buruk pada petani.......


till then....see ya next entry.......



thanks sebab sudi baca.....=)