Pages

Monday, November 24, 2014

Lumrah


Assalamualaikum....

agak lama menyepi diri...hilang fokus untuk berblog dah sekarang, rutin harian jadi makin sibuk dan kenkadang takde masa untuk diri sendiri dah.... bukan mengeluh atau merungut tapi kenkadang orang tak faham akan situasi yng kita hadapi ketika ini. Adakala tertanya pada diri, bila mana mereka yang sibuk nak ambil tahu tentang orang lain ni kemana hala tuju hidup?? Asyik meroyan menjadi pengkritik hebat alam maya. Bahagia sanga ke hidup macam tu??? Tak pernah terlintas ke dalam fikiran mereka, apa yang diperkatakan itu akan mengena batang hidung sendiri?? Sedih dengan akal fikiran yang cetek tanpa berfikir dahulu akan keburukan kritikan tersebut. Hidup di bawah bumbung yang sama, tiada titik noktah dalam hidup. Tiba masa terkena pada mereka, baru terduduk dan bertanya sendiri. Hebat sangat kah kita sehingga semua yang dibilang hendak dibahas sewenang-wenangnya. Semua keputusan adalha salah dimata mereka. Tiada yang kurang pada mereka, mereka sempurna, tiada cacat cela, tiada salah, tiada silap. ITU MEREKA.

Ingat MEREKA, hidup di dunia bukan untuk mengkritik sahaja, kalau sudah ada bekalan yang cukup MEREKA tidak akan bertindak sedemikian. Perlu persaingan dalam hidup, tapi bukan hasad dengki, bukan khianat mengkhianati. Harap mengerti akan itu.. Wah hebatnya MEREKA di mata orang..hebatnya MEREKA di depan orang, hebatnya MEREKA dalam berpakaian...tapi tidak hebat juga bila mengenali akan sebenar siapa MEREKA. Indah khabar dari rupa.
memang aku serba kekurangan, dari segi ilmu, malahan peribadi.....bukan berundur bererti kalah, tapi terlajak bahasa membuat orang lari dari MEREKA. Hidup lah MEREKA di dalam dunia MEREKA. Aku doakan semoga MEREKA berbahagia....




p/s : Allah ada, Allah tahu, Allah lihat apa yang kita buat

Wednesday, October 29, 2014

Rezeki

Assalamualaikum...

Agak lama menyepi kan diri....sibuk dengan persekitaran baru. Alhamdulillah finally dengan izin Allah aku dapat kerja baru. Juga berstatus tetap....Terima kasih Mak n Abah yang banyak mendoakan...Adik beradik aku, sahabat handai dan semua yang mendoakan aku....Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

Dengan ini, aku nyatakan bahawa............

tempat kerja aku


Tapi officially dekat Pejabat pertanian Daerah Lipis....koi pergi tempat ct nurhaliza la ek....hihihhii


Monday, September 8, 2014

Tengok BUAYA

Assalamualaikum semua

Hari sabtu hari tu, aku dah janji dengan anak saudara aku nak bawak dieorang jenjalan. So, dah janji dengan budak kan...mestilah dieorang tuntut uollss....Dan aku pun bawak la dieorang pergi..Well macam biasa la kan....Mini Zoo dekat Kuantan tu mestilah Taman Teruntum.. Lama jugak la aku dah tak bawak dieorang pergi sana. Macam-macam dah tambah. Dan da makin banyak aktiviti boleh buat dengan anak-anak.

   
Cantik kan...nie yang baru tambah...


Permainan baru jugak...eksaited tengok..

Yang paling penting jugak...buaya dah makin banyak...dan ada banyak jugak anak-anak buaya. Seronok la anak-anak buah aku tu tengok nye.....Eksaited kemain lagi......dulu kecik je buaya nye...Sekarang dah makin besar.....seram pulak tengok.....ngeri uollss..teringat cerita buaya-buaya tu....


nampak tak eksaited nye semua tu...hihihihi

Dulu tak banyak macam ni..sekarang buaya dah bertambah..yea yea

Lepas tu pulak...sekarang dah boleh bagi makan Rusa....Dulu takde pun..tengok luar pagar jela....sekarang dah makin upgrade dah....bagus-bagus...




Adik takut dengan rusa...

kakak jugak steady....hebat kakak
End up...die yang makan...takut punya pasal

Okey...untuk bagi makan pada Rusa, bayaran rm1.00 untuk satu ikat kacang panjang...Korang sampai je dekat tempat Rusa tu, korang akan nampak pekerja di tepi jalan. ha beli dekat dieorang lah.....

Teteh, Amar dan Nenek...... happiness

Lepas settle tengok binatang tu...ape lagi kan....balik la rumah...tapi si Amar tu taknak balik....eksaited terlebih dengan binatang ni..hihihi...

dekat dalam Mini Zoo ni jugak ada orang jual makanan, taman permainan untuk kanak-kanak. Ada jugak sesi tunggang kuda. Cuma time aku pergi kali ni kuda tu takde..... So far, masuk masih lagi free... Cuma untuk pertunjukan belah malam aje ade bayaran dikenakan.Kalau tak salah aku dalam rm3.00 sekali masuk. Betulkan kalau aku salah ek orang kuantan. Sebab aku pernah pergi sekali aje....hihihi..lupa dah berapa sebenarnya. Tapi tak mahal la...Affordable untuk famili.... Sekali sekala kan...bawak anak-anak jalan.....




till then.....






See ya......

Thursday, September 4, 2014

H.O.B.I

Assalamualaikum....

hujung minggu yang panjang untuk aku.....seronok dapat balik rumah dan habiskan hujung minggu dengan famili.macam biasa la, hujung minggu memang ada kenduri kendara. kali ni kenduri sepupu aku lak... tapi untuk entry kali ni nak cerita tentang hobi. Semua orang ada hobi ye dak??? kalau zaman dulu-dulu hobi nak kumpul setem, memancing, membaca buku cerita, menyanyi la...bagai-bagai hobi la nak sampai ke besar tu. dalam biodata mesti ada perihal hobi. hahahhaa...kalau tengok balik buku-buku lama tu gelak aje sensorang uolls....kelakor sangat la....kalau hobi kumpul setem tu macam gah sangat dah. Padahal nak beli setem pun tak pandai.hihihihihi..

Anyway, kali ni nak share tentang hobi aku, yela selain bela binatang peliharaan aku suka jugak buat koleksi kaktus. Kenapa kaktus?? sebab senang nak jaga..lagipun aku memang suka kaktus. Berduri dan cantik.. Ala-ala cantik tapi kena berhati-hati nak pegang. Ha gitu uollss....ada kaitan tak??? pedulik la...janji aku feeling gitu..okey ape...hahahhaa

Antara koleksi kaktus yang aku ada....













Tapi kaktus ni ada kat rumah aku la.Aku tak bawak pegi rumah sewa...senang nak maintain kt rumah tu...Terima kasih jugak kat mak yang banyak tolong jaga, tolong siram time aku takde kat rumah. Biasa beli memant time bercuti dekat cameron la... Maklumlah situ dapat murah sikit. tapi dalam pasu kecik la. Sekarang da besar kena cari pasu besar sikit. Ada jugak yang dah berbunga tao....Seronok la tengok kaktus tu makin besar.


Aku ade jugak feeling-feeling nak buat mini garden gitu......tapi memang penuh dengan kaktus la. Mak aku lak nak buat mini garden untuk orkid die... ha sesuai sangat uolls.....




ha ala-ala macam nie (sumber google)






cantik kan... (sumber dari google)

lebih kurang macam dalam gambar tula angan-angan aku ni ha...InshaAllah mana tau satu hari nanti aku dapat laksanakan.....amiin










Wednesday, August 27, 2014

TERBARU...... KIKI,CICI,HIMI

Assalamualaikum....

Mari aku perkenalkan kesayangan terbaru yang aku baru pelihara.... GUINEA PIG ni lama dah aku idamkan untuk pelihara.....Dan akhirnye impian dah tercapai...seronok nye.....kenapa pilih guinea pig??? sebab cuteness overload sangat korang......hihihihi


Dan benda-benda yang perlu ada untuk pelihara Guinea pig ni ialah.....



Untuk minuman Guinea pig

Ubat

Multi vitamin....campur dalam air

Sangkar pulak kalau boleh besar...supaya mereka boleh bermain dalam sangakar....Tu benda penting tu untuk pelihara guinea pig ni...... Makanan pulak memang kena ada....WAJIB..

Di antara makanan yang biasa aku bagi pada mereka adalah :

  1. Pelet biasa
  2. Pelet + vitamin
  3. Buah Epal 
  4. Lobak merah


 Aku jugak bagi dieorang makanan berbeza setiap hari..maksudnya bukan la hari-hari aku bagi makan pelet aje..mesti dieorang bosan kan.....so pelbagai kan menu makanan dieorang.... Air pun aku bagi satu air biasa dan satu bekas lagi air + multivitamin tu...

Untuk mandikan dieorang lak...aku guna baby shampoo......wangi uolls.....dan jugak antiseptik Dettol tu... kuku jugak kena bersihkan dan potong kuku mereka....untuk sesi pembersihan telinga pulak....aku guna baby oil...pada cotton bud dan bersihkan telinga mereka.... Dah macam ada baby aje kan.....seronok jugak ada dieorang ni...dulu mule-mule beli kemain takut dengan aku...Sekarang dah okey dah..... Aku balik kerja aje...dioerang bunyik-bunyik mintak makan..... So far takde lagi la masalah pada aku...anak-anak buah aku pun suka dengan binatang...Famili pun okey aje.... Support minat aku..hihihihi.. terima kasih korang.....luv uolls...





till then.....


 




















Tuesday, August 26, 2014

REVIEW : Cathy Choo 24K Gold Shower Gel

Assalamualaikum...

Helo semua orang....... baiklah..tengok tajuk pun korang dah boleh agak kan pe yang aku nak review untuk entry kali ni..... macam biasa...aku akan guna dahulu produk tersebut sebelum ambil keputusan untuk review pada korang....Alhamduillah aku sangat berpuas hati dengan hasilnya........


SUPERB!!!!!!


Famili aku jugak pengguna setia.....di antara sebab yang paling utama adalah kerana....

  1. Tidak melekit pada badan.
  2. Menyebabkan kulit makin lembut dan cerah.
  3. Mengurangkan kesan parut-parut halus pada badan.
  4. Badan tidak berbau.
  5. Tahan sehingga 2 bulan mengikut pada penggunaan. 750 ml
  6. Mencerahkan bahagian armpit,  peha, siku, lutut .
  7. Membantu pengedaran darah dengan baik.

Bahan Aktif yang ada di dalam Shower gel ini adalah.....


24K Gold : Anti penuaan dan Awet Muda
Gluthathione : Memutihkan kulit.
KESAN SEAWAL 18 hari uollss.....








Aku syorkan jugak pada sesiapa yang nak cuba produk ini.......memang tak rugi korang...harga rm35.00 termasuk postage...diulang termasuk postage...ha murah kan......tau-tau barang da sampai dekat rumah.....senang dan mudah......


Aien
Whatsapp : 017-9615132




Kesan menggunakan Cathy choo


Monday, August 25, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum....

Macam mana dengan hujung minggu korang?? seronok tak?? haruslah seronok bukan.....seperti biasa hujung minggu aku dihabiskan di rumah.....balik kuantan la kan...mana lagi.... aktiviti macam biasa bawak anak-anak sedara berjalan...hihihihi...kemain seronok uolls dieorang tu....dapat jenjalan dan dapat mainan baru....

Kakan dan Adik......(show off mainan)

Dede

kakak dah semakin feminin.....cantik

budak macam orang besar lagaknya..hihihi

Tunggu kereta siap...

bersama Ngahngah.....macam tangga da aku tengok
Bawak pergi kedai Pets.... sebab guinea pig aku sakit, si Adik la yang paling eksaited, sebab banyak binatang dekat dalam kedai tu.. bersorak girang la kan apa lagi...lepas tu bawak pulak main mainan depan Cowboy... 

Nampak...ni memang feberet ni

Muke kakak kemain eksaited...adik control macho la konon
So, habiskan masa dengan budak dua orang ni memang seronok.....seronok tengok dieorang happy....yang penting jangan nakal-nakal masa berjalan....kalau dekat rumah....tak hengat dah pesanan dede jangan nakal...hihihhii..dah nama pun budak-budak kan.....yang penting membesar dengan sihat dan aktif....





till then.....

Wednesday, August 20, 2014

Majlis Perkahwinan Fathin & Azreeq (Adik Zatil)

Tarikh: 17 Ogos 2014
Lokasi : Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Masa : 11.00 pg - 5.00 petang


Assalamualaikum.....

Ahad lepas aku dah dijemput oleh kawan aku si Zatil untuk menghadiri majlis perkahwinan Adik dia iaitu Fathin & Azreeq.... Alhamdulillah ada kelapangan pada hari tu..aku pun pergi dengan kawan aku si Saba. Dan nasib baik kiteorang tak tersesat....terima kasih Waze sebab membantu....hahahahaha...


pengantin tengah tunggu nak masuk dewan

Pengantin menuju ke dalam dewan...

Tapi aku tak sempat nak ambil gambar dengan pengantin...hihihi..so dengan kakak pengantin pun boleh apa....hihihihi...macam biasa la aku kan...takde gambar tu yang pelik...hihihihi









So korang, cuti hujung minggu aku kali ni....di habiskan dengan jemputan kendurikendara......hihhii.....kenduri aku lambat lagi...pergi kenduri orang lain la dulu...hehehehehe



till then....