Pages

Friday, January 24, 2014

Kelahiran Baru

hola korang.....

minggu lepas kawan aku orang ni dah selamat melahirkan Baby sulung dia secara normal di Hospital Temerloh,Alhamdulillah....sudah menjadi seorang ibu sudah.....Nama Kawan aku nie faridah binti Ramli.....
comel korang baby die.....nama penuh Mohammad Qayyum bin Mohammad Hafiz. berat 2.84kg.

hii aunty.....=)

cair tengok..comel ngat bAby Qayyum nie
dan kepada Mami Qayyum....selamat berpantang aunty ucapkan...dan semoga kelahiran baru ini memberi rezeki yang makin bertambah dan semoga  baby cepat-cepat besar......I'm official Aunty to Baby Qayyum....hahahaha kau ade tak...orang lain yang beranak aku yang over eksaited bak hang.....


dan good news untuk korang jugak.....tak lama lagi akan bertambah baby....iaitu Baby kepada Mami to be Nurul Fahiza Ahmad Zalidi.....wah tahun nie..aunty dapat 2 baby baru.....i'm happy aunty......pape aku update nanti lah ye.....tengah eksaited lagi nie.....Opps lupe lak nak bagitahu korang lagi.....sebelum ni pun aku dah jadi aunty jugak....Anak kawan aku si datin tu...Alaaa korang kenal tak??? yang nama Noor Farahin tu...ingat tak....hehehehe.... dah dua anak tao si datin tu....dua-dua baby boy......cepat-cepat datin tambah baby lagi........doa2 untuk aku jugak si mami-mami yang hot and gojes tue........nanti ada masa mami lawat korang ek........mami busy la sayang.........



till then.....=)

Thursday, January 23, 2014

Reunion Ex Diploma dan Degree

kabare everyone......

dah tajuk pun tahu kan nak cerita pasal reunion sekaligus buat sambutan hari lahir si Shifa jatuh pada 14.1.2014.  bersempena dengan Maulidur Rasul....

Alhamdulillah...kami tak rancang nak pergi jauh-jauh pun, planning mula-mula nak pergi Broga, tapi macam takut la pulak...next time la kami pergi, so kami pun tukar plan ke Bukit Ekspo dekat UPM tu aje...mudah,jimat dan senang nak buat bbq.Lagipun cik Ara telah bawak ikan daripada rumah dia...weehooo eksaited sangat kami semua...terima kasih cik Ara....

kami pergi 8 orang....alang-alang cuti kan, kami pun fikir nak buat gathering ni, masing-masing dah kerja dan dah susah nak berjumpa jugak, ini lah masanya pun nak keluar sesama....





dah layan gambar kitaorang kan...ha nie la yang join ganthering kitaorang hari tu..walaupun tak ramai tapi meriah macam berpuluh orang join korang...nak-nak mulut aku yang riuh rendah nie...tak termasuk lagi cik Ara dan Shifa si birthday girl hari tu...... eh lupa lak aku nak ucap HEPI BORNDAY SHIFA....Sweet 26th bufday beb.......

lepas balik dari BBQ tu, kiteorang planning nak pergi ke 3D mural dekat belakang Giant Sri kembangan. Shifa yang mule-mule dapat tahu tentang tempat tu...tengok2 cantik dan best pe dapat ambil gambar dekat situ, apa lagi....balik rumah terus solat zohor dulu dan bergerak ke sana, bukan lama pun korang nak pergi ke sana, tapi biasalah kan Jem tu tak boleh di pisahkan bukan.....hihihi







tu baru sikit korang...ade banyak lagi gambar.....sat aku masukkan...hahahha








tadaaa....kan dah bagitahu tadi banyak gambar, korang jangan muak lak tengok gambar-gambar kami yang gojes nie........

Anyway kan korang...yang penting tak perlu bayar, free meyh...jom2 korang pergi ke sana.......yang pasti kena ikut jalan ke Equine Park tu...cari je GIANT Equine dan korang akan jumpa tempat yang aku maksudkan tersebut....Tak salah aku nama tempat tu THE ARTSPHERE

okey...korang tamatlah entry untuk kali ini....lain kali aku update lagi tempat yang kami pergi dan free n murah......yang penting aktiviti riadah dan menyihatkan badan...motippp sangat aku.......



till then........bubye.....



Tuesday, January 21, 2014

Audit Diri dan audit Hati

salam readers

kali ini entry pasal luahan perasaan la pulak.....
Mood tengah swing je nie...

Alasan yang sering digunakan untuk mengelakkan diri dan menyalahkan orang lain, senang bukan...tapi sebenarnya pada aku, orang yang macam nie susah hati....nak tahu kenapa?? sebab dia kena cari banyak alasan yang konkrit untuk mengelakkan diri.. ingat senang ke....

Aku pun kengkadang ada masa mengelakkan diri jugak. tapi takdelah sampai semua benda pun nak elak kan. kalau dah ada masalah kan boleh dibawa berbincang, Aku tak cakap jugak kena bincang semua benda kan, ada benda yang lebih baik kita simpan sendiri. Contohnya perihal yang terlalu peribadi dalam hidup kita, ini tak...ada masalah sikit dah tulis dekat wall facebook, then mintak orang tolong nasihat dan like status tersebut, nampak sangat nak perhatian kan, cuba kita tilik dulu diri kita ni, tulis lah status yang membina, sedap sikit nak membacanya. Perihal rumah tangga pun nak cerita, nak pergi toilet pun nak tulis jugak memang melampau lah kan... meminta sangat tu.. nak-nak girl tao.....orang akan lagi pandang rendah pada kita, nak ke jadik macam tu..tak nak bukan...oleh itu, mari kita cuba berubah.

Mana yang sudah tu sudah lah..jangan diulang lagi kesilapan yang sama, kita kan belajar daripada kesilapan. Cuba ingat, orang tegur untuk perbaiki diri kita, bukan bermakna bila kita kena tegur orang lain tu benci or marah dengan kita, terima setiap kritikan sebagai sesuatu yang membina..bila kita bersikap positive aura positif tu akan sentiasa dekat dengan diri kita. Audit hati, Audit diri kita dahulu..perbetulkan mana yang salah dan kebenaran akan terbukti. tak susah bukan. Allah tahu apa yang Dia nak bagi pada umatNya. kita jangan risau 

"BUAT BAIK DIBALAS BAIK"

Dan akhir kata, ingat Allah sentiasa ada untuk kita, tenangkan hati dan sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan...semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t







Thursday, January 9, 2014

Majlis Perkahwinan My Sista (sanding)

Assalamualaikum....

Mari kita lihat majlis persandingan kakak aku lak kali nie... entry yang lepas aku dah cerita tentang majlis akad nikah kan.....So, untuk majlis sanding lak....kami jugak buat dirumah.. mudah untuk set up kan barang-barang dan senang nak menguruskan majlis, jadi kakak aku telah ambil Mak Andam iaitu ANDAMAN ASMA'IE

https://www.facebook.com/nurulhuda.mohammad.

Alhamdulillah....kakak aku sangat berpuas hati dengan khidmat kakak nurul nie....cantik sangat sentuhan jari jemari die....sungguh korang....

Pelamin kakak aku




nak promo jugak...bantal tu aku jahit khas untuk kakak aku...=)
 aku punye gambar sanding kakak aku tak banyak....sebab tuan rumah memang la kan....sibuk layan tetamu...
kak ita....orang paling banyak tolong time aku praktikal...tq datang
Mak cik dan kakak sepupu

sepupu yang jadi flower girl

posing dan tukang kipas

budak suka kipas...dani =)
dan akhirnye semua back to normal...my kakak pun dah selamat dan dah sebulan dah pun jadi isteri pada abang ipar aku......=)



till then.....see uolls next entry untuk majlis bertandang lak okey........nampak tak banyak sangat gambar nak kena tapis dulu....hihihihi





Wednesday, January 8, 2014

Majlis Perkahwinan Nur Afuwa bt Salim

Assalamualaikum
Lokasi : Kampung Bukit Che Man
Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 11.00pg - 3.00ptg

Baiklah.....kali ni punya entry adalah untuk memberitahu kepada kengkawan yang tidak berkesempatan untuk datang ke majlis Perkahwinan Kawan aku iaitu Wawa...... seperti yang telah mengetahui, sehari sebelum majlis berlansung, aku telah kemalangan, malang tidak berbau sangat uolls.....kereta aku kena hentam dari belakang......aiisehh.....patah la kaki aku...macam mana nak pergi kerja..tapi yang paling aku syukur, kami semua Alhamdulillah tidak cedera serius...hanya lebam dan bengkak aje sikit...okey berbalik pada majlis kahwin kawan aku nie......macam biasalah kan....as a good friends kami memang dah ditugaskan untuk menyediakan props dan juga jadi bidan terjun kami...hahahahaha




ini adalah gambar sekitar majlis akad nikah....majlis ini dibuat pada belah malam, dan aku tak dapat hadirkan diri masa nie....tahniah wawa dah sah jadik isteri orang......sumber gambar di ambil daripada kawan yang lain la...dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. 

majlis persandingan pulak......berlansung esoknya.....masa ini lah aku dan kengkawan yang lain ditugaskan untuk jadi flower girls gitu...iolls ni asyik jadi flower girl aje....tak tahu lagi bile nak jadi raja seharinye gitu.....hahahaha

finally done....=)

the groom n the bride

flower girls =)
kawan sejak sekolah rendah lagi..=)

Add caption









okey......sorang dah lepas dah..tinggal lagi empat orang....Alhmdulillah everything goes well and I wish the best in your journey of life as husband and wife.....be a good wife for your husband ........hope both of you will be happy till jannah..amiin.....cepat-cepat ada baby....kami nak jadi aunty....=)


Tuesday, January 7, 2014

People Change

Assalamualaikum....


usaha + tawakal....inshaAllah Allah bagi petunjuk...berbuat baik kepada orang lain juga membantu..doakan yang baik-baik, dan sentiasa ingat Allah sentiasa ada untuk kita..

Doa adalah senjata orang muslimin......=)

Monday, January 6, 2014

Hmmm.....cuti-cuti (PART 2)

Seperti yang dijanjikan.......

teng teng teng...... (kemain lagi sound effectnye) sambungan entry cuti-cuti famili aku di cameron highlands, okay..hari tu aku dah cerita pasal kami pergi ke Ladang Teh je kan...kali ni, aku nak cerita pulak tempat lain yang kami pergi..okey barang siapa yang pernah ke Cameron Highlands sila angkat tangan sekarang....ewahh ewahh

lepas aje kami pergi ke Ladang teh BHARAT tu, kami pun bergerak ke tanah rata untuk mencari barang dan cenderahati. On the way ke sana singgah sekejap dekat sign board Cameron Highlands untuk ambil gambar....bukti la konon dah sampai ke sana.....apa lagi....dengan selamba nya kami adik beradik  ambil gambar....dah tak hirau dah orang lalu lalang...





settle aje sesi bergambar...kami terus bergerak ke kawasan rekreasi hutan simpan..tapi sebab lama aku pun dah lupa nama tempat tu....kira-kira macam aktiviti riadah la untuk sesiapa yang berminat nak masuk dalam hutan.tapi kiteorang pakai cantik sangat, susah la nak join aktiviti tersebut. kengkadang seronok jugak kalau boleh join kan......stamina kena kuat la......






nampak tak over nya kat situ...dan penutup bagi entry cuti-cuti aku nie adalah..........

gambar famili.........ini nyawa aku....tanpa diorang aku patah....sokongan diaorang yang tak pernah putus menguatkan semangat aku...Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan MAK dan AYAH serta adik beradik seperti mereka.....