Pages

Friday, February 28, 2014

Beza antara Zaman Dahulu dengan Zaman Sekarang

Sekarang ini kalau perasan memang terlalu banyak isu tak puas hati dengan cikgu, dengan Ibu bapa dan kengkadang aku jadi takut nak tengok berita. Sebab bebudak zaman sekarang lebih advance daripada kita. Zaman aku sekolah dahulu, kena marah dengan cikgu ke, kena rotan ke memang takdenye nak report dekat mak ayah aku. Kalau aku report pun mesti aku yang kene sembur semula. Sebab mak aku cakap mesti ada sebab kenapa cikgu rotan awak.

Sekarang dah jadi lain, cikgu dah takut dengan anak murid sendiri, tak puas hati mereka akan calarkan kereta, pancitkan tayar kereta, tunggu luar sekolah nak sound cikgu bawak ramai-ramai geng bagai. Semua dah jadi terbalik kalau aku perhatikan. Kuasa Cikgu tu dah jadi macam hilang begitu aja. Pada aku tak wajar sekiranya kita asyik nak menyalahkan cikgu semata-mata. Selidik dahulu perangai anak-anak kita macam mana sebelum dengar saja cakap mereka. Sebagai cikgu juga, peranan yang kita mainkan di sekolah juga memang perlu dan penting. Memanglah aku sekarang belum pun ada anak lagi. Tapi at least kita boleh bentuk anak-anak kta dahulu. Jangan manjakan mereka sampai kita tak nampak kesalahan yang mereka lakukan. 

Ini jugak satu kes yang terjadi pada aku. Setiap minggu mesti skali jadi pada aku. Bila kanak-kanak melintas. Ya Allah, ini memang serius kena kawal pada aku. Mereka "menonong" melintas jalan keluar dari sekolah. Walaupun ada Pak Guard yang jaga, mereka tetap tak nak ikut apa yang Guard tu suruh. Sampai kami yang memandu ini terpaksa brek dengan mengejut. Mujur la memang bawak slow depan sekolah. kalau tak, tak tahu la apa yang jadi. Zaman aku kecik-kecik dulu, nak melintas pun takut. mesti tunggu ramai-ramai kawan baru melintas secara berjemaah...hihihi...Sebab Mak dah pesan jangan pandai-pandai melintas sengsorang. Lepas tu pulak, Mak dan ayah takde nye parking depan pintu sekolah nak ambil anak-anak. sekarang, kalau boleh masuk dalam sekolah nak ambil anak-anak mereka. Parking tempat yang tak sepatutnya. parking sampai menghalang laluan orang, Keluar kereta sesuka hati tanpa bagi isyarat. Pada aku benda-benda macam ni yang kita ajar pada anak-anak kita secara tidak lansung. Sikap tidak berhemah ini akan mendorong mereka untuk membuat perkara yang sama. Tapi kita tak nak salahkan diri kita. Kesalahan itu diletakkan di atas bahu cikgu dan orang lain. Wajar tak kita???

Perbezaan ketara ini yang boleh kita lihat dalam zaman ini. lebih maju aliran teknologi, makin malas perangai kita. Sebab nak diamkan anak dengan bagi mereka main Ipad, Henfon dan segala gadjet yang canggih. maka dengan itu, mereka akan jadi meminta-minta sekiranya mereka tidak dapat akan benda yang mereka ingini. Tak nak bukan sebagai ibu bapa kita akan jadi terpaksa membeli barang yang bukan keperluan utuk anak-anak kita. Meskipun untuk tujuan pelajaran, kengkadang ianya di salah tafsir oleh anak-anak kita. Layan youtube dengan sewenangnya, tanpa ada pantauan daripada ibu dan bapa. Dan natijahnya, kanak-kanak cenderung untuk melakukan keganasan, aktiviti seksual yang makin meruncing. Adalah penting memantau pergerakan anak kita, tak kira di mana mereka berada. Sebab melentur buluh biarlah daripada rebungnya bukan...



p/s : Aku hanya  luahkan apa yang aku rasa...sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, aku mintak maaf,..=)



















Thursday, February 27, 2014

Anak Kampung

tajuk dah kemain lagi....memang tak boleh nak nafikan, aku memang orang kampung...membesar dalam suasana kampung adalah pengalaman paling berharga dalam hidup aku, Alhamdulillah aku maih ada kampung lagi sampai sekarang. Nenek aku dengan pakcik aku tinggal di kampung sekarang. sekurang-kurangnya sebulan sekali mesi aku dan keluarga balik kampung. Bila balik kampung, memang teruja. Macam mana jauh pun kami berjalan, kampung juga tempat paling selesa.

Tempat membesar oii....takkan boleh lupa macam tu aje kan. Duduk kampung tak perlu fikir pasal bunyik bising pun. Malam-malam kalau hujan lebat aje bising sebab atap zink kan. Lepas hujan reda aje, bunyi katak pun kedengaran. Ha tu la music asli. Bile balik kapung jugak udara memang segar. Mandi pagi adalah yang sangat nak dielakkan sebab sejuk sangat-sangat. Bangun pagi pun dah kena kejut dengan suara ayam berkokok. Belum lagi dengan bunyi unggas bagai. Ahh.....seronok duduk kampung.

Depan rumah nenek pulak ade sungai. Bila musim kemarau, kemain lagi hebat tunjuk skil berenang. sebab pasir dah mula timbul dan air semakin surut. Time nie, lepak tebing sungai sambil minum air kelapa memang heaven dah. Misi mencari "etok" dan "kijing" jugak dapat diteruskan. Kemain pulun cari sampai penuh guni atau plastik. Siap berebut-rebut bagai dengan orang tebing sebelah. hehehe.... masa kecik mana tahu malu, sebab tu ajela hiburan yang ada zaman aku kecik dulu. Belum tiba musim buah lagi. Mak aii kemain lagi seronok sebab musim ini la yang paling dinantikan dekat kampung. Buah-buahan semua free. Al maklumlah, hak sendiri kan..puas sungguh la makan buah. siap packing bawak balik lagi. Nenek mesti akan telefon bagitahu buah dah masak. Kami memang wajib balik bila musim buah ini.........seronok ada kampung...seronok jadi anak kampung kan.

Malam pulak,pergi mengaji rumah Aki. jalan kaki la memalam pergi dengan adik beradik lepas maghrib. Balik pulak lepas isyak. Pun ade orang teman la balik. Takut punye pasal. Pukul 10 dah kena paksa tidur dengan Mak dan Abah. sempat lagi tu borak-borak, gelak-gelak..lepas kena sound, diam kejap.....lepas tu buat balik. sampai la tidur. Kami tidur guna kelambu time tu. sebab nyamuk banyak. Nak pasang ubat nyamuk, mak dah serik. nak tau kenapa..tidur ganas sangat, bantal terjatuh dari katil n kena ubat nyamuk. apa lagi...terbakar la..mujur sempat mak sedar...padamkan api....


Bila balik kampung, selalu borak dengan nenek pasal hal kecik-kecik mesti akan gelak besar. Sebab nenek yang jaga kami. Mak selalu kursus masa kami kecik2..Bile dah mula cerita, memang tak boleh berhenti dah la. Eksaited kemain lagi.Walaupun dah banyak kali ulang benda yang sama. Tak pernah jemu pun kami cerita. Mintak nenek cerita pasal Arwah Tok aku. sebab kami tak sempat jumpa pun. Allah sayangkan Tok.Dia ambil Tok awal. Tapi kami tetap sayangkan Tok jugak. Sekarang tinggal nenek dengan Pak cik aje dekat kampung. Alhamdulillah..nenek masih lagi sihat walaupun tak dapat nak berjalan, Kami sayang nenek ketat-ketat...=)



Wednesday, February 26, 2014

Ini Keluarga

Assalamualaikum....

taknak tulis panjang-panjang kali ni...aku janji dengan korang....tajuk pun dah tahu kan.....korang layan gambar ajela okey.....

bila hujung minggu...memang macam ini lah aktiviti kami sekeluarga........tak banyak duit takpe..janji gembira....=)










abaikan gegaran itu.....hahhaha

pun boleh jugak.....art nie amik gambar gegar

My precious

Tuesday, February 25, 2014

Anggapan orang berbeza

salam semua...

terpanggil pulak untuk buat entry pasal "persepsi" orang berbeza. Apa yang aku nak maksudkan kali ni adalah......semua orang mempunyai pandangan peribadi masing-masing. Kengkadang langsung tak sama dengan pandangan kita bukan. Oleh itu, janganlah kita jadikan pandangan orang semua salah di mata kita. tidak patut bukan. aku jugak ada pandangan peribadi aku, sebagai contoh, aku tak suka cerita korea, tapi aku takde lah halang or kutuk cerita korea kaw-kaw lak..tapi bagi sesetengah orang pulak, cerita korea lah paling best dan tak boleh tinggal...sebab apa, sebab dieorang suka. tak jadi hal pun kan. minat masing-masing pun berbeza.

cerita yang aku nak  share kat korang kali ni....perihal tingkah laku yang boleh menyebabkan kenapa pandangan orang akan sentiasa negatif pada kita.
  1. Tidak menerima nasihat orang lain.
sebagaimana yang kita tahu, bila ada masalah, adalah normal bagi kita untuk bercerita pada orang yang kita percaya. dan mereka akan bagi pendapat dan nasihat untuk kita cuba selesaikan masalah yang kita hadapi itu secepat mungkin. tapi, bila mana kita bagi nasihat dekat dia, dia taknak terima dengan hati yang terbuka dan melenting lagi pada kita.  kesalahan ini akan menyebabkan orang dah taknak bagi pendapat dan nasihat bila kita hadapi masalah di masa akan datang. bersangka baik pada kawan yang ingin menolong kita. tak susah bukan. Aku faham...sebab dulu pun aku macam tu jugak. suka ambil sambil lewa sahaja nasihat yang orang bagi pada aku, tapi sekarang aku dah ambil pengajaran daripada kejadian itu. bila ada masalah aku akan share dan mintak nasihat orang lain, mana tahu mereka mampu memberi idea untuk menyelesaikan masalah itu.

     2. Sentiasa ingin menang

Adalah bagus mempunyai sikap ingin menang, tapi haruslah kena pada tempatnya. Dah kalau setiap masa nak menang, susah jugak kan. Ini realiti pada pandangan aku.Sebab aku jugak pernah buat benda nie. semua orang pernah rasa nak menang sentiasa. Adakala bagus sikap macam ni. tapi adakala merosakkan kite jugak. Bersederhana kan elok..

 3. Mengharap Balasan.

Perihal yang ini jugak memang annoying sangat pada aku, dah kalau semua benda nak ungkit sebab pernah buat dekat kita, lama-lama naik rimas jugak bukan. Aku percaya kalau kita buat baik dengan orang, Allah akan balas pada kita baik jugak. Sama ada cepat ataupun lambat. Jangan sebabkan budi pada orang, orang yang kita berbudi tu memang wajib membalas perbuatan kita. Kan dah tak bagus macam tu. Buat baik berpada jugak korang.

4. Teguran yang melampau.

Bagi teguran pulak, apa salahnya bila kita nampak kawan or sesiapa yang kita baik dan kenal, kita betulkan mana yang salah. tak guna jugak kita buat kebaikan tapi tak sampaikan kebaikan yang kitaada tu pada orang lain. Nie tak, salahkan orang sebab taknak ikut cara hidup kita. Tak semua orang dapat apa yang kita dapat. tak semua orang juga macam kita. Dah kalau semua orang sama. takde lah istilah rambut sama hitam hati lain-lain kan. tak ke gitu...... Nasihat menasihati tu kan baik, bila ada ilmu yang kita tahu, curahkan pada yang memerlukan. jangan duk simpan untuk diri sendiri. tak kira kita baik ke tidak ke. Kebenaran perlu kita bagitahu. Orang nak cakap macam-macam pada kita memang ada. tapi macam mana nak handle situasi. jangan jadi batu api pulak dalam memberi teguran itu.


Aku tak kata aku baik.....aku jugak banyak buat silap. kengkadang memang perlu kita tahu anggapan orang pada kita. Supaya kita boleh tahu siapa yang suka akan perangai kita dan siapa yang tak suka. mana yang boleh di ubah, kita ubah.....Bersikap positif memang perlu dalam kehidupan. Berterus terang juga perlu. kita kena ingat. kita hidup dalam masyarakat. bukan hidup sorang aje dalam dunia ni. Mana yang aku salah korang betulkan, mana yang aku rasa korang salah,aku tegur. Sebab aku nak berubah, berubah ke arah kebaikan. InshaAllah....yang penting niat......


Dari Umar bin Khathab r.a : 
 Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.

Thursday, February 20, 2014

Benda yang tak sepatutnya....

Assalamualaikum...

tajuk pun dah suspen aje kan... ginilah....rasa terpanggil pulak nak tulis pasal benda yang tak sepatutnya....sila baca dahulu sebelum buat keputusan atau andaian okey. Kes ini jadi dekat aku.Aku rasa orang lain pun pernah kena lebih teruk daripada aku kan. Maklumlah bila orang dah sakit hati dan dengki..macam-macam lah yang dibuat nya untuk bagi kita rasa down dan sedih. tapi awak silap lah. Kepada si pedengki tersebut, aku paham aku memang bukan cantik, hot atau seangkatan dengan nya. tapi aku bahagia jadi diri aku sendiri. Nak tahu kenapa? sebab semua pada diri kita ni bukan milik kita pun. Dah awak duk maki-maki aku dengan enaknya tu sama lah awak menghina ciptaan Allah. Sedih Mak dan Ayah aku kalau tahu awak cakap buruk tentang anak dia. Penat Mak aku kendong aku 9 bulan dalam perut, tetibe awak simply maki hina aku. kalaupun tak suka,jangan baca blog aku ni. Aku tak paksa sesiapa pun baca blog aku. Aku bukan femes pun..bukan ribu riban followers. Dan nampak sangat awak tu salah sorang kenalan aku kan. Dah lama buat keje stalker orang, jadi HATERS dan sebagainya.

Takpelah...mungkin awak gembira lepas komen dekat blog aku kan, Jangan risau, apa yang awak komen tu takde kesan pun dekat aku. terima kasih jugak lah dekat awak sebab rajin baca entry lame-lame aku dan komen. Bukan senang tu nak cari nak komen bagai. Dan juga pada awak yang komen tu jugak, aku nak say thanks sesangat. Sebab at least aku tahu jugak ada orang tak suka aku, sebab bukan senang nak bagi orang suka pada kita. Aku pun bukan suka jugak semua orang kan. 

Jadi, aku tetap akan continue blog aku ini, dulu dah pernah sekali ada orang nak hack bagai blog aku. Tapi tak tahulah siapa kan. Biarkanlah...tak jadi kudis pun pada badanaku. tak jadi beban pun dalam otak aku. banyak lagi benda aku nak fikir dan lebih penting kan. Anyway....... kalau tak puas hati sekalipun, datang depan-depan talk to me. Itu lagi senang. tak yah lah komen dengan ayat yang mengarut semua tu. sian kalau orang tua baca, atau budak-budak baca. bahasa tu kan budaya kita. 

sebelum terlambat, aku jugak nak terima kasih kepada si pengkomen ni. sebab cakap benda yang tak sepatutnya dalam blog aku. 

KEEP CALM AND STAY TUNED......


p/s : Aku gelak aje baca komen tu, aku dah delete pun. kawan aku cakap teruk sangat die komen, aku gelak aje...Allah ada...Allah nampak,Allah tahu siapa yang komen. Aku doa aje.....dia okey.....=) peace yaa

Wednesday, February 19, 2014

Muhammad Ammar Rayyan

Assalamualaikum....

baiklah......sesekali nak menulis tentang anak buah aku yang lagi sorang tu... si adik Ammar yang memang tak reti nak duduk diam. Ada aje keletah yang nak dibuat oleh dia. Si Kakak dah makin ayu gitu.. Alhamdulillah yang penting mereka sihat. Nak jadikan cerita untuk entry kali ni...si Ammar nia dah 3 tahun dah umur dia, mula-mula tu....risau jugak kam, sebab tak boleh nak bercakap sangat tao..sekarang, bila dah mula bercakap walaupun pelat,....tak berhenti pulak dah..hihihi...Ammar ohh Ammar....

Ammar berbeza daripada kakak dia, kakak tak suka makan pedas, tapi Ammar suka sangat. Kakak suka main henpon tapi ammar tak suka. Memang banyak perbezaan antara kakak dan adik.


kalau balik rumah takde dieorang ini...memang sunyi la rumah...gelagat dieorang tu sangat membuat kami sekeluarga terhibur, gaduh adik dengan kakak, tarik rambut, main cubit-cubit, main tembak-tembak..pendek kata..semua benda nak jadi gaduh dieorang ini. tapi yang paling penting...dua-dua tak boleh renggang, mana-mana pun nak pergi berdua. Kakak sayang adik, adik pun sayang kakak.




Monday, February 17, 2014

Mari berniaga

Salam semua.....

Alhamdulillah.......matlamat untuk tahun ini dah tercapai salah satu daripadanya.....sekarang aku dah jadi MINI AGENT untuk Cucurma Mangga Cure (CMC). 

Maka dengan ini..aku dah create satu page baru iaitu Enn Beauty and Health. silalah like. hihhii (promote page jap) Aku nak share dengan korang pasal produk nie dan kenapa aku pilih produk ini...seperti yang korang tahu, Aku juga pengguna setia untuk produk ini. Alhamdulillah....masalah resdung dah berkurang dan aku jugak dah promote kepada ahli keluarga aku iaitu Mak aku, Ayah aku,Nenek dan adik aku. Ha satu famili dah guna kan. 

mula-mula....Mak aku dulu aku jadikan testimoni dekat sini, Mak aku mengalami masalah resdung dah lama dah, sampai muka bengkak-bengkak if tersalah makan makanan laut dan belacan. Mata akan sembab sehingga kan bila mak aku nak masak makanan laut pun mak aku akan gatal-gatal pada tangan dan muka. itu belum makan lagi. Tapi, Alhamdulillah...bila dah makan CMC ni, Masalah mak aku dah boleh di atasi. Muka dah tak bengkak, mak aku jugak dah boleh makan makanan laut. 

Adik aku pulak, mengalami masalah hidung yang agak kronik, Bersin setiap pagi dan alah pada habuk yang teruk. kegatalan hidung tu akan buat sampai sesak nafas dan jerawat belakang yang agak teruk. tapi Alhamdulillah..dengan mengambil CMC, jerawat makin susut dan alahan habuk dah hilang. Bersin pada setiap pagi juga sudah tiada. 

jadik..aku amik keputusan untuk menjadi mini agent sebab aku dan keluarga dah guna produk ini dan kami mendapat hasil yang sangat memuaskan. InshaAllah kalau korang ada masalah resdung, korang akan merasai perubahan yang ketara setelah mengambil CMC ini.   


terima kasih kerana sudi baca blog aku.....=)

Wednesday, February 12, 2014

Cucurma Mangga Cure (CMC)

Salam semua......

ANDA MENGALAMI MASALAH RESDUNG?????

kami ada penawarnya.....Alhamdulillah dengan menggunakan CUCURMA MANGGA CURE anda pasti akan merasai kesan seawal 3 hari.




Aku review pasal CMC ini sebab aku jugak mengalami masalah resdung yang teruk, setiap pagi aku mesti bersin dan gatal-gatal hidung. tapi setelah menggunakan CMC, masalah yang aku hadapi telah hilang. jerawat makin kecut dan hilang. Alhamdulillah...malahan aku jugak telah syorkan pada ahli keluarga aku yang lain. sekarang kami sekeluarga sudah pun menggunakan CMC dan hasilnya terbukti BERKESAN.


CURCUMA MANGGA CURE
(Sang Suria Kapsul Traditional)
KKM - MAL 11060059T

♥ KETERANGAN PRODUK ♥
1- CMCure diperbuat daripada bahan utama iaitu KUNYIT PUTIH.
Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi jahe dan berwarna kuning muda (krem). Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan bila telah diekstrak atau dijadikan bubuk, warnanya tetap kuning muda (krem).
2- Meski demikian, cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma Mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser.
3- Dengan kandungan aktif yang dimilikinya, Kunyit Putih dapat membantu untuk menyembuhkan
Kanser dan Tumor, Gastrik, Buasir, Radang Kerongkong, Radang hati, Bronkhitis, Tonsil, Kesakitan Haid,Keputihan, Jerawat, Bisul, Diabetes, dan Asma, Darah Tinggi, Strok, Sakit Jantung, Asid Perut, serta
menurunkan Kolesterol.
4- Penemuan ini ternyata membawa khasiat yang sangat bagus untuk merawat kanser dan yang paling terbaik adalah ianya bukan sahaja dikhususkan untuk merawat kanser tetapi kandungan khasiat kunyit putih itu sendiri dapat merawat penyakit lain seperti:
-membantu menyembuhkan masuk angin, dan sakit perut
-menghilangkan kulit lebam akibat luka
-menyembuhkan penyakit kanser
-membantu menyembuhkan penyakit tumor
-mencegah kerosakan sistem rahim, membantu mengurangi berat badan (sangat bagus bagi anda yang sedang diet)-
-menyembuhkan asma dan sesak nafas
-mampu menghentikan pendarahan, sebagai sumber antioksidan alami
-membantu merangsang produksi sel darah merah, menyegarkan kulit dan menyihatkan badan secara alami
-mengurangkan resdung dan bau mulut yang berpunca darinya.


♥ PERLU DIAMBIL PERHATIAN ♥
-Larangan penggunaan kepada wanita hamil dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun (kerana hormon mereka tidak circulate lagi)
-Ibu menyusu dibenarkan ambil dalam dos yang minimum iaitu sehari sebiji
-Kesan awal penggunaan mendapati pengamal akan sering merasa lawas untuk membuang air, pening dan rasa lesu. Ini adalah proses awal nyahtoksid.
- Untuk mengurangi pening dan rasa lemas, pengguna Kunyit Putih disarankan mengambil makanan yang bergizi dan vitamin secara teratur serta banyakkan minum air putih.

♥ CARA PENGAMBILAN ♥
Kami mengesyorkan supaya anda,para pelanggan kami mengambil 2 biji sehari untuk mendapat keputusan yang elok di kemudian hari. In sha Allah.1 biji di pagi hari,selepas makan.1 biji di malam hari,selepas makan. Minum bersama segelas air suam.

♥ KESELAMATAN PRODUK ♥
Di belakang botol terdapat semua info lengkap, KKM, tarikh luput penggunaan, cara penggunaan dan bahan kandungan produk.

♥ HARGA JUALAN ♥
~ FULL PACK
60 BIJI - 30 HARI
RM 85.00 - Semenanjung Malaysia
RM 90.00 - Sabah dan Sarawak
FREE POSTAGE
~HALF PACK
30 BIJI - 15 HARI
RM 45.00 - Semenanjung Malaysia
RM 50.00 - Sabah dan Sarawak
FREE POSTAGE


p/s : sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi saya  Norain Azhar 017-9615132 

Friday, February 7, 2014

Minum Air secukupnya

Bismillah....

entry dah nak emo-emo kan..macam biasa lah korang, perempuan kan..memang dah dikatakan mempunyai banyak emosi yang kengkadang kita sendiri tak faham. Adakala rasa gembira yang terlampau, kadangkala pula sedih yang teramat sangat dan kuat sentap. ha itu memang tak boleh di pisahkan uollsss. Kali ni aku nak share dengan korang tentang fakta okey, bukan auta. Pasal Letih..penat..capet..tired..exhausted..dan seangkatan dengannya la.

setiap orang mengalami masalah ini bukan,  badan kita perlukan rehat yang secukupnya. tambahan pula, kalau badan tidak cukup rehat kita akan menjadi cepat penat dan tidak bertenaga. Mesti taknak bukan...oleh itu marilah kita kekal bertenaga dengan menggunakan pelbagai supplement yang baik untuk kesihatan. sesetengah orang mengamalkan vitamin C dan juga pengambilan minyak ikan Kod. Tapi bagi aku, aku memang amalkan minum air dengan kadar yang mencukupi. kengkadang jela...hahaahahaaa....

tapi serius korang..nak kulit cantik nak badan detoks secara natural nye..kena consume air dengan secukupnya......nak-nak yang ambil vitamin C or Kolagen......

gambar google aje

sumber dari google