Pages

Friday, March 28, 2014

Spreading Love

Alhamdulillah....

Masih lagi dapat bernafas di Bumi Allah....lately mesti semua macam aku jugak, tertanya-tanya akan tragedi MH370 yang masih lagi tidak dapat dikesan. Allahuakbar, Kuasa Allah tidak dapat sesiapa yang halang atau hentikan bila Kun Faya Kun . Malam semalam aku tengok Semanis Kurma, Ya Allah....nak cari redha dengan ikhlas tu bukan senang...Nape aku cakap macam tu....sebab sesiapa pun di tempat keluarga mangsa tidak redha menerima berita yang sangat menyayat hati bukan. Sedangkan aku yang tidak pertalian juga sebak dengan perkhabaran tersebut. Apatah lagi dengan berita 529 orang yang akan dijatuhi hukuman mati... #529Egypt Allahuakbar.

Ikhlas bukan melalui perkataan, Pakar motivasi semalam bercakap mengenai Ikhlas dan redha.... betul, Aku pun rasa macam tu jugak.kita boleh cakap kita ikhlas dan kita redha dengan apa yang menimpa kita...tapi jauh disudut hati kecil??? tiada siapa yang tahu bukan....hanya kita dengan Allah yang tahu...zahirkan melalui perbuatan....senang nak cakap tapi terlalu payah untuk dilakukan....Ya Allah....perkataan yang senang dilafaz tapi terlalu sukar pengertiannya.

Dan sebagai seorang umat Islam.....ambil masa kita untuk titipkan doa buat mereka yang terlibat dan kongsi rasa kesedihan itu..jangan tambah lagi penderitaan mereka dengan menyebarkan spekulasi yang tidak benar...Sepatutnya kita luahkan kata-kata semangat agar mereka tenang dan boleh menerima perkhabaran sedih itu....Bila terlalu banyak orang ingin menjadi orang yang petama menyalurkan berita, Kita semakin galak menyebarkan penipuan berbanding kebenaran..... Diam bukan bererti kita tidak concern about this matter...tapi kita taknak make it worst. 

Melalui peristiwa ini jugak...terpanggil untuk mengulangi apa yang di usulkan oleh Ustaz Don dalam tv Al Hijrah iaitu :

  1. Buat solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan jauh.
  2. Baca doa ketika menaiki pesawat/ mahupun kenderaan.
  3. Wasiatkan pada ahli keluarga mahupun pasangan ketika ingin bermusafir.
Perkara yang jarang kita lakukan tapi dah sampai masa kita buat. Betul cakap Ustaz Don...aku pun jarang buat 2 perkara itu.....kecuali doa menaiki kenderaan yang biasa aku buat. Ya Allah....dugaan Mu telah menyatukan kami..kesedihan itu sangat memilukan hati kami....Ya Allah berilah kami petunjukMu dan kuatkanlah semangat ahli keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut.....

 Ikhlaskanlah hati mereka menerima dugaanMu dan berilah mereka redha dengan perkara yang menyayat hati ini Ya Allah.....Ampunkan dosa mereka yang telibat dalam MH370.

Aku bukan sesiapa pada mereka...tapi tragedi ini menyedarkan aku tentang banyak perkara... hargai mereka ketika mereka masih ada, Allah lebih sayangkan mereka kerana mereka adalah orang yang baik..Allah ambil balik orang yang Allah sayang....Innalillah....

Friday, March 21, 2014

Majlis Perkahwinan My Dear Nurul Ain +Faizal (ijal)

Tarikh: 15.Mac.2014
Lokasi : Bandar Putra, Segamat
Masa : 11.00pg - 5.00ptg


Assalamualaikum....

tajuk pun dah tahu pasal pe entry kali ni kan...Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar dan kawan aku dah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya. Terima kasih jugak pada shifa, zatil, saba dan rafiq selaku penunjuk arah. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi, walaupun jalan agak jem tapi Alhamdulillah selamat sampai ke rumah pengantin. Seronok campur sedih jugak sebab si ayin dah kawen...tapi serius korang, cantik sangat pengantin Puan Ain wei...tukar status lalu...hihihihi

Kami sampai dalam tengah hari la jugak..so tak dapat lah nak tengok majlis akad nikah pada pagi tu. Alhamdulillah perkhabaran gembira kami dapat dengan sekali lafaz ayin sah menjadi isteri kepada Ijal. Alhamdulillah......selamat pengantin baru Ayin+Ijal

sumber dari facebook Pengantin

Korang layan gambar jela ek majlis perkahwinan kawan aku nie.....


kredit to zaliphoto (terbaik gambar dr die)
dan lagi gambar geng-geng masa bintulu dulu...


















doa-doakan aku jugak (turn aku tak lama lagi)



Dan kepada pasangan pengantin baru...Aku doakan kalian berbahagia hingga syurga....dikurniakan Anak-anak yang comel-comel dan sentiasa beroleh barakah dalam kehidupan berumah tangga. Semoga ikatan yang dibina juga mendapat keredhaan dan sentiasa dilimpahi rezeki berganda.amiin

kredit gambar zaliphoto (cantik)

Friday, March 14, 2014

Mandi sungai di kampung

Assalamualaikum....

kali ni pulak nak cerita pasal mand sungai dekat kampung, Kampung mana?? of course la kampung terchenta aku tu...Kampung Kuala Triang...

Musim kemarau kan sekarang, air sungai Pahang depan rumah nenek aku kemain surutnya korang....seronok kemain lagi nak pi mandi sungai.






kan....aku dah bagitahu...memang surut korang......seronok anak buah aku mandi sungai.....=)

Wednesday, March 5, 2014

Review Produk (PERLA COFFEE)

Assalamualaikum.....

nak cantik dan sihat kena lah berbelanja lebih sikit. Aku nie pulak jenis yang kurang rajin sikit nak mencantik ini. Tapi dah makin berumur ni kena lah semakin menjaga penampilan. Muda-muda dah berusia dari umur mesti tak nak kan. Haruslah awek muda gitu......

Aku jugak jenis penggemar kafein tegar. kalau tak minum sehari memang tak sah la kan... kebetulan adik aku yang perkenalkan produk ini untuk aku. Al maklumlah....aku bukan putih orangnya....sawo matang la kulitnya.... takde maknenya nak putih kemain kan. Janji kulit aku sekata dan tiada masalah lagi. Aku dah kira bersyukur sangat dah. maklumlah..perubahan hormon jugak membantu dalam pengeluaran jerawat. Itu memang tak boleh dinafikan oleh orang perempuan.

Secara keseluruhannya..aku memang berpuas hati dengan produk Perla Coffee nie. Aku baru minum dalam 2 minggu macam tu. Dan aku dah alami perubahan yang ketara. Parut dekat muka semakin hilang. Kulit dah sekata dan yang paling aku seronok, parut melecur pada tangan aku dah hilang..dan kulit makin cerah...Alhamdulillah... Mula-mula minum akan rasa nak membuang tu lebih sikit, sebab nak buang toksin dalam badan kita. Lepas tu mana yang badan jenis berangin, kita akan keluar angin banyak jugak lah, ini yang aku alami. Sendawa banyak kali. Ini berlaku dalam 1 hingga 4 hari minum. Ada yang tak jadi macam aku. Lepas tu, jerawat makin kecut. Bangun pagi kulit rasa lebih lembut dan takde dah kulit kering. Badan pulak makin cerah dan mana yang kulit tidak sekata dah makin sekata. tak caya tengok gambar dibawah. sebelum nak jual, aku kena cuba sendiri dahulu. Jadi testimoni diri sendiri dahulu. Aku dah rasa kesan nya....Anda bila lagi????

nampak tak beza pada tangan aku.. ( no filter ok)

Aku takde lah perasan tapi balik last week adik aku tegur dah cerah berbanding dahulu...apa lagi, kemain seronok la diriku ini..... Ade la nampak kesan....suka hati sangat-sangat. Aku jugak nak bagitahu, kesan nya adalah berbeza setiap orang. Ada yang consume 3 sacet dah berkesan. Dan ada juga yang lambat bru nampak kesan okey kengkorang...yang penting teruskan minum. kita ikhtiar kan..

perubahan sebelum (kiri) dan selepas (kanan)

Inilah dia PERLA COFFEE yang aku minum....=)
 Bagi yang ingin mencuba....boleh la hubungi aku

Harga sekotak = Rm59.90
Beli 2 kotak = Rm100.00

whatapps or sms 017-9615132

Tuesday, March 4, 2014

Majlis Perkahwinan Azmalia + Luqman

Tarikh : 8 feb 2014
Lokasi : Taman Sg. Isap Perdana
Masa : 10 pagi - 5 petang


Kengkawan aku memang dah ramai yang melangsungkan perkahwinan. Mana yang sempat aku datang, aku datang. Mana yang aku tak berkesempatan aku mintak maaf sesangat ye korang. Kali ni aku nak story pasal majlis perkahwinan GengSekolah aku masa form 4  sampailah sekarang. Alhamdulillah..aku dapat hadirkan diri jugak di majlis Leya ni. kemain aku seronok nak pergi. Malam jumaat tu dah balik kuantan dah. Nampak tak eksaited nak jumpa pengantin. Anyway Leya nie sebenarnya dah kahwin bulan Disember lagi, memandang kan korang pun tahu masa tu Pahang banjir teruk, maka majlis sanding ditunda. Mujur leya sempat akad nikah di rumah kakak dia. Aku sedih jugak lah tak dapat hadir time tu. Nak balik pun takut jugak sebab keadaan tidak mengizinkan. sori mek leya. 

Dan finally aku dapat jugak hadirkan diri ke majlis persandingan leya nie. merangkap pengapit pengantin masa tu...Alahai.....tetibe nebes iolls. Dah sape yang kawen nie??? motip sangat aku yang nak nebes. Alhamdulillah..everything goes well. Dan korang layan jela gambar-gambar majlis okey....





 

Cantik kan pengantin kita......Aku doakan korang bahagia hingga jannah....Sentiasa sayang menyayangi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain... Doaku mengiringi perjalanan korang...Aku gembira tengok kawan aku sorang nie dah ada orang yang jaga.....Dan tak sabo nak tunggu baby lahir.....she's pregnant uolls........happy giler dengar berita gembira ni......Tahniah Leya




terima kasih teman =)