Pages

Friday, July 25, 2014

Salam Kemaafan

Assalamualaikum.....

Hampir menuju syawal.......aku nak mintak maaf dengan semua orang yang mana ada tersalah silap, terkasar bahasa, dengan sengaja atau tidak sengaja.... Semoga kedatangan Syawal menjadi bulan yang bermakna untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya dan beroleh kebahagiaan yang diingini....amiin...

Berhati-hati ketika memandu dan semoga semua dapat pulang ke Kampung halaman dengan selamat....Jangan lupa juga titipkan doa buat muslimin dan muslimat yang berada di Gaza. Dan titipkan doa buat mangsa nahas MH17. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah swt.  




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN




Wednesday, July 23, 2014

STAY TOGETHER

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah ke penghujung ramadhan dah......tapi makin ke penghujung makin banyak cerita yang menyedihkanterutamanya untuk rakyat Malaysia dan Palestin. 

#prayforgaza

#prayforMH17

#prayforMH370

tahun yang paling mencabar untuk Malaysia, kehilangan MH370 belum tahu punca lagi sekarang MH17 pula menjadi mangsa. Ya Allah permudahkanlah segala urusan dalam misi pencarian dan misi membawa pualng mayat-mayat mangsa nahas. 

Di kesempatan ini juga, aku nak mintak tolong dengan korang semua....sama-sama berdoa untuk umat Islam yang ditindas dengan kejam di Gaza. Hulurkan bantuan dari segala aspek yang kita mampu, kalau mampu beri banyak sumbangan dana mahupun hulurkan doa buat mereka. Ya Allah sayu hati tengok anak-anak kecil dan ibu-ibu di bunuh dengan kejam dan tidak berperkemanusiaan langsung oleh Zionist. 

Apa salah mereka, mereka tidak berdosa dan masih kecil serta tidak berdaya. Bedilan demi bedilan melanda. mari bersama-sama memanjatkan doa untuk mereka. TOLONGLAH juga jangan nak salahkan mana-mana pihak . Pihak yang patut disalahkan adalah Rejim Zionis yang teramat kejam. Mana tahu salah satu doa kita di makbulkan oleh Allah swt. 

Beri kerjasama juga dengan semua pihak yang ingin menghulurkan bantuan dan jangan membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai perkara ini. Sama-sama jaga hati dan perasaan orang yang merasa kehilangan ahli keluarga dalam nahas MH17 dan MH370. Jaga percakapan, jangan share benda yang belum tentu sahih dan belum pasti akan kebenarannya. Jangan tahu hanya menuding jari pada Pemimpin kita, kita belum tentu mampu berada di tempat beliau jika situasi begini terjadi. Sama-sama menyokong dan lupakan sengketa seketika untuk perkara yang melibatkan isu kemanusiaan. Jangan ambil sikap yang bersifat mementingkan diri sendiri. Jangan juga menyalahkan pihak MAS airlines untuk perkara ini. Tiada siapa yang mahu perkara sebegini terjadi. maka sama-sama memahami semua situasi yang sedang dihadapi oleh negara kita.

Sama-sama sedekahkan Al-fatihah dan salam takziah untuk semua mangsa-mangsa di GAZA, MH370 dan MH17. 








Wednesday, July 16, 2014

Sungai Berkelah (THROWBACK sangat)

Assalamualaikum...

(Entry lama baru nak Post)
hujung minggu lepas.....kami sekeluarga plan nak pergi jenjalan la....tapi end up pergi piknik dekat Sungai Berkelah. Kalau korang pernah dengar, Sungai berkelah ni dekat Gambang. Kalau dari rumah aku, tak delah jauh mane. So kami pun prepare la barang-barang yang nak di bawa. Sebab tak berapa nak rajin kan..kali ni kami tak masak..hihihihi

Yang penting kena bawak baju spare. Kan nak mandi sungai..... bawak anak-anak buah berkelah la pulak...lagi pun sebab nak meraikan hari lahir Ayah dan anak buah aku..Iman tu.... dah 6 tahun dah umurnye...dah mula sekolah tadika dah pun...Alhamdulillah...

Nak masuk Sungai berkelah ni sangat la jauh ke dalam...ade jugak yang mandi dekat-dekat aje, tapi kira mandi sisa orang dekat atas la....hihihi..so Kami decide nak masuk lebih dalam lagi...sesiapa yang ade 4 wheel drive adalah digalakkan. sebab takut nanti kereta lekat dalam lopak. Jalan bukan jalan berturap, jalan tanah merah uollss.....tapi tu yang extreme nye kan.....Dah tu siap redah sungai tu lagi....kemain seronok budak-budak nie...Mak-mak budak pun eksaited uolss....termasuklah aku...jakun kejap...hihihihi

Lelaki-lelaki

perempuan sahaja


Lil bro dengan Mak

Sayang MAk Abah



Seronok bawak anak-anak buah mandi sungai.....feeling die lain sikit..nature place gitu......hihihihihi. Kalau nak pergi, korang kena make sure korang masuk simpang yang betul..mesti lalu papan tanda SUNGAI BERKELAH tu...dan terus masuk simpang.. Yang penting pergi reramai, baru la syok gitu....




till then......



Monday, July 14, 2014

....Ubah Sikap....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...dah separuh Ramadhan dah kita berpuasa....Alhamdulillah jugak masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan Ramadhan.


Pada aku, tahun ni terasa sekejap saja masa berlalu..sekarang dah masuk pertengahan bulan 7 sudah....Ya Allah cepatnya la masa berlari meninggalkan kita. Dulu masa kecik-kecik takdelah terasa macam nie. Sekarang dah banyak benda fikir, makin cepat pulak aku rasa.......

Checklist Ramadhan macam mana?? uolls dah capai ke checklist Ramadhan korang???? Aku dah hampir dah la memenuhi, tapi ada beberapa yang masih tidak dapat tercapai...

Banyak sangat checklist aku buat, tapi ada beberapa yang aku buat dan cuba buat. Nak audit diri sendiri tu yang susah..kena kuat, kena semangat. Bukan senang korang tapi at least kita cuba.

Di kesempatan ini jugak aku nak mintak maaf jika sepenjang aku berblogging ini, ada yang terasa hati, terkasar bahasa, tersentap ,terbuat korang tengok benda yang tak memuaskan hati ke.....Diharapkan dapat dimaafkan....



Jangan lupa juga DOAKAN untuk GAZA #prayforGaza #Gazaunderattack #doauntukmereka
Mana tahu...salah satu doa umat Islam diangkat oleh Allah dan Allah Makbulkan....amiin......Sama-sama membantu, tak dapat banyak, bantu mana yang boleh.....=)

kosong-kosong korang.....

til then...