Pages

Wednesday, August 27, 2014

TERBARU...... KIKI,CICI,HIMI

Assalamualaikum....

Mari aku perkenalkan kesayangan terbaru yang aku baru pelihara.... GUINEA PIG ni lama dah aku idamkan untuk pelihara.....Dan akhirnye impian dah tercapai...seronok nye.....kenapa pilih guinea pig??? sebab cuteness overload sangat korang......hihihihi


Dan benda-benda yang perlu ada untuk pelihara Guinea pig ni ialah.....



Untuk minuman Guinea pig

Ubat

Multi vitamin....campur dalam air

Sangkar pulak kalau boleh besar...supaya mereka boleh bermain dalam sangakar....Tu benda penting tu untuk pelihara guinea pig ni...... Makanan pulak memang kena ada....WAJIB..

Di antara makanan yang biasa aku bagi pada mereka adalah :

  1. Pelet biasa
  2. Pelet + vitamin
  3. Buah Epal 
  4. Lobak merah


 Aku jugak bagi dieorang makanan berbeza setiap hari..maksudnya bukan la hari-hari aku bagi makan pelet aje..mesti dieorang bosan kan.....so pelbagai kan menu makanan dieorang.... Air pun aku bagi satu air biasa dan satu bekas lagi air + multivitamin tu...

Untuk mandikan dieorang lak...aku guna baby shampoo......wangi uolls.....dan jugak antiseptik Dettol tu... kuku jugak kena bersihkan dan potong kuku mereka....untuk sesi pembersihan telinga pulak....aku guna baby oil...pada cotton bud dan bersihkan telinga mereka.... Dah macam ada baby aje kan.....seronok jugak ada dieorang ni...dulu mule-mule beli kemain takut dengan aku...Sekarang dah okey dah..... Aku balik kerja aje...dioerang bunyik-bunyik mintak makan..... So far takde lagi la masalah pada aku...anak-anak buah aku pun suka dengan binatang...Famili pun okey aje.... Support minat aku..hihihihi.. terima kasih korang.....luv uolls...





till then.....


 




















Tuesday, August 26, 2014

REVIEW : Cathy Choo 24K Gold Shower Gel

Assalamualaikum...

Helo semua orang....... baiklah..tengok tajuk pun korang dah boleh agak kan pe yang aku nak review untuk entry kali ni..... macam biasa...aku akan guna dahulu produk tersebut sebelum ambil keputusan untuk review pada korang....Alhamduillah aku sangat berpuas hati dengan hasilnya........


SUPERB!!!!!!


Famili aku jugak pengguna setia.....di antara sebab yang paling utama adalah kerana....

  1. Tidak melekit pada badan.
  2. Menyebabkan kulit makin lembut dan cerah.
  3. Mengurangkan kesan parut-parut halus pada badan.
  4. Badan tidak berbau.
  5. Tahan sehingga 2 bulan mengikut pada penggunaan. 750 ml
  6. Mencerahkan bahagian armpit,  peha, siku, lutut .
  7. Membantu pengedaran darah dengan baik.

Bahan Aktif yang ada di dalam Shower gel ini adalah.....


24K Gold : Anti penuaan dan Awet Muda
Gluthathione : Memutihkan kulit.
KESAN SEAWAL 18 hari uollss.....








Aku syorkan jugak pada sesiapa yang nak cuba produk ini.......memang tak rugi korang...harga rm35.00 termasuk postage...diulang termasuk postage...ha murah kan......tau-tau barang da sampai dekat rumah.....senang dan mudah......


Aien
Whatsapp : 017-9615132




Kesan menggunakan Cathy choo


Monday, August 25, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum....

Macam mana dengan hujung minggu korang?? seronok tak?? haruslah seronok bukan.....seperti biasa hujung minggu aku dihabiskan di rumah.....balik kuantan la kan...mana lagi.... aktiviti macam biasa bawak anak-anak sedara berjalan...hihihihi...kemain seronok uolls dieorang tu....dapat jenjalan dan dapat mainan baru....

Kakan dan Adik......(show off mainan)

Dede

kakak dah semakin feminin.....cantik

budak macam orang besar lagaknya..hihihi

Tunggu kereta siap...

bersama Ngahngah.....macam tangga da aku tengok
Bawak pergi kedai Pets.... sebab guinea pig aku sakit, si Adik la yang paling eksaited, sebab banyak binatang dekat dalam kedai tu.. bersorak girang la kan apa lagi...lepas tu bawak pulak main mainan depan Cowboy... 

Nampak...ni memang feberet ni

Muke kakak kemain eksaited...adik control macho la konon
So, habiskan masa dengan budak dua orang ni memang seronok.....seronok tengok dieorang happy....yang penting jangan nakal-nakal masa berjalan....kalau dekat rumah....tak hengat dah pesanan dede jangan nakal...hihihhii..dah nama pun budak-budak kan.....yang penting membesar dengan sihat dan aktif....





till then.....

Wednesday, August 20, 2014

Majlis Perkahwinan Fathin & Azreeq (Adik Zatil)

Tarikh: 17 Ogos 2014
Lokasi : Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Masa : 11.00 pg - 5.00 petang


Assalamualaikum.....

Ahad lepas aku dah dijemput oleh kawan aku si Zatil untuk menghadiri majlis perkahwinan Adik dia iaitu Fathin & Azreeq.... Alhamdulillah ada kelapangan pada hari tu..aku pun pergi dengan kawan aku si Saba. Dan nasib baik kiteorang tak tersesat....terima kasih Waze sebab membantu....hahahahaha...


pengantin tengah tunggu nak masuk dewan

Pengantin menuju ke dalam dewan...

Tapi aku tak sempat nak ambil gambar dengan pengantin...hihihi..so dengan kakak pengantin pun boleh apa....hihihihi...macam biasa la aku kan...takde gambar tu yang pelik...hihihihi









So korang, cuti hujung minggu aku kali ni....di habiskan dengan jemputan kendurikendara......hihhii.....kenduri aku lambat lagi...pergi kenduri orang lain la dulu...hehehehehe



till then....

Tuesday, August 19, 2014

Majlis Perkahwinan Fareza & Wan (SEJOSA BATCH 10)

Tarikh : 16 Ogos 2014
Lokasi : Taman Sri Keramat, Maran
Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang

Assalamualaikum......hujung minggu yang agak sibuk bagi aku....Alhamdulillah berkesempatan untuk pergi ke kenduri kawan-kawan yang kahwin....makin ramai dah kawan aku mendirikan rumah tangga...suka-suka....
Minggu ni kawan dari Sekolah Seri jengka jugak..Fareza namanya.....Selamat pengantin Baru Eja & Wan. Semoga berbahagia hingga jannah....

Semoga mahligai yang dibina sentiasa mendapat keberkatan dan beroleh kebahagiaan.....amiin

The Bride...Pengantin yang sangat cantik.....
 
macam biasa....gambar wajib dengan pengantin


hantaran untuk pengantin perempuan

hantaran untuk pengantin lelaki


Antara yang hadir...geng-geng SEJOSA

lagi..lagi bermonopod sangat

Semua satu dua tiga......

Zera dan anak saudara pengantin...comellll

Aku dan umira

bersama Umira dan mommy to be Aini

finally..banyak gambar lagi pada kengkawan lain...gambar dengan kedua-dua mempelai jugak dalam kamera kawan aku...so korang tengok gambar mana yang ada la dekat aku...




till then......



Tuesday, August 12, 2014

Majlis Perkahwinan Luncai dan Yana (Sejosa batch 10)

Assalamualaikum....

Tarikh: 9 Ogos 2014
lokasi : Sungai Isap, Kuantan
masa : 11.00 pagi -5.00 petang

Majlis Perkahwinan kawan satu sekolah masa form 1 sampai form 3 dulu.... Alaa-alaa mini reunion la untuk geng-geng SEJOSA batch 10. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Walaupun aku dengan Yus sampai lambat sikit...masih dapat jugak jumpa dengan kengkawan lama....

Ada yang lebih 5 tahun kot aku tak jumpa dengan budak-budak ni..Ha amik kau bila dah jumpa......sembang la, throwback sangat zaman jahiliah dulu....lepas tu bantai la gelak masing-masing tak hengat dunia. Rasa macam bukan baru jumpa je....Korang memang TERBAIK la.... walaupun masing-masing dah ade life sendiri, ada jugak lagi masa nak kumpul sama-sama. dari zaman sekolah hingga sekarang...gitu la perangai memasing....hahaha.

Kepada Luncai :

Selamat Pengantin Baru Luncai dan pasangan...semoga mendapat barakah dalam perkahwinan yang dibina dan semoga berkekalan hinggaa jannah.....amiin....


Bersama Semua yang datang dan pengantin baru..



Umira,luncai,yana dan yus

Pengantin yang dirai....Luncai dan Yana

Epul,Arif,Amar,Fiq,Amir,Ayus,Aku,Umi,Wid,Yus
 Lepas dari kenduri luncai tu, kiteorang gerak lak ke rumah Didi dan pasangan untuk majlis Akikah anak perempuan sulung mereka iaitu Sharifah Arissa Qasrina (kalau tak salah aku la) . Comel sangat baby arissa nie....

Baby Arissa

Baby Arissa

Bermonopod jugak....hihihi

bersama tuan rumah....Didi

Again....selfie beramai

Sebelum balik...sempat lagi
Yus,Aku dan Ayus
till then...










See ya......terima kasih

Tuesday, August 5, 2014

Eid 2014

Assalamualaikum....

Rasa tak terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin muslimat...Alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat menyambut raya bersama keluarga tersayang......=)
Korang layan jela gambar raya kami ek.....kalau panjang sangat tulis pun nanti jenuh lak nak baca....hihihihi..

Kemain adik aku nie eksaited selfie....aku fokus memandu

benti kt traffic light...sempat selfie seround dulu

nampak tak eksaited anak buah aku......

kami nak balik raya di kampung



























































Macam biasa...setiap tahun memang akan buat lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang...memang terbaik la MAK masak.......menu yang memang tak boleh takde uollss..... sehari sebelum raya tu la sibuk nye macam ape entah..mana nak pasang langsir, nak masuk kuih dalam balang, hampar tikar dan karpet...sapu sampah, bersihkan rumah nenek.....fuhhh.....checklist panjang tahu...

Pagi raya.....








Adik dan kakak


























Tak sempat nak snap pic satu famili di pagi raya.........saudara mara dah datang serbu rumah nenek....bapak aku la orang paling sibuk sekali melayan tetamu......hihhii....tu yang takde gambar dia......adoi la abah ohh abah...

Kakak dan Abang Ipar


















dengan Abah dan Mak (2nd raya)


















Abang dan kakak ipar serta ank buah aku





















SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA
MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP
SALAM LEBARAN 2014