Pages

Friday, January 3, 2014

Majlis Perkahwinan My Sista

Assalamualaikum....

anyway kali ni nak cerita pasal majlis perkahwinan kakak aku.....majlis akad nikah pada 22 November 2013 dan majlis persandingan pada 23 November 2013.
Tahniah Angah (panggilan dirumah) dah sah jadi milik sang suami tercinta....Alhamdulillah dengan sekali lafaz dah bergelar isteri....So lepas nie dah tak boleh nak buat sesuka hati...awak dah ada suami nak jaga...ewahh kemain lagi aku nasihat....

Majlis berlangsung dengan sempurna walaupun ada jugak kekalutan. Al maklumlah......bila majlis sendiri memang la kita jadik kalut kan...hahaha..tapi Alhamdulillah sangat Allah tolong umatNya nak mambina Masjid. Cuaca pun elok pada hari jumaat tu...sebelah malam aje hujan sekejap.....pagi sabtu pulak cuaca cerah dan hari pun panas....syukur sangat tidak hujan...

Persiapan dah lama jugak kami sekeluarga buat.....kakak aku dah mula cuti seminggu awal lagi...Maklong dan nenek jugak dah datang awal. terima kasih  Maklong Senah dan Nenek......Kepada jiran-jiran dan  jugak sanak saudara ucapan terima kasih...sebab datang tolong dan memeriahkan majlis kakak aku....pada kawan-kawan aku jugak...terima kasih dan lain kali datang pulak untuk kenduri aku...hihihhi

okay....mari kita mula dengan persiapan kahwin kakak aku....lepas majlis tunang, kakak aku dah mula cari butik andaman dan juga rekaan pelamin serta busana perkahwinan. Majlis sekali seumur hidup kan. mestilah nak yang terbaik dan puas hati.

mari kita tengok hantaran kakak aku yang direka khas oleh aku.







ini adalah hantaran untuk pihak lelaki.....aku cuba=cuba je buat...Alhamdulillah jadi jugak akhirnya....paling penting semua siap dan kakak aku pun berpuas hati......ini pulak hantaran dari pihak lelaki kepada akak aku...sebenarnya tak sempat nak ambi gambar...jadi guna gambar yang mana ada jela dekat aku ookay....





 gambar agak blur di situ okay kengkorang.....majlis akad nikah bermula jam 5.30 petang di rumah kami.. Alhamdulillah..tok kadi dan pengantin lelaki tiba hampir serentak.....dan majlis pun bermula dengan lancar dan  kakak aku pn dah selamat jadi isteri orang...






dan aku akan sambung lagi majlis sanding kakak aku next entry.......till then see ya.....