Pages

Monday, January 6, 2014

Hmmm.....cuti-cuti (PART 2)

Seperti yang dijanjikan.......

teng teng teng...... (kemain lagi sound effectnye) sambungan entry cuti-cuti famili aku di cameron highlands, okay..hari tu aku dah cerita pasal kami pergi ke Ladang Teh je kan...kali ni, aku nak cerita pulak tempat lain yang kami pergi..okey barang siapa yang pernah ke Cameron Highlands sila angkat tangan sekarang....ewahh ewahh

lepas aje kami pergi ke Ladang teh BHARAT tu, kami pun bergerak ke tanah rata untuk mencari barang dan cenderahati. On the way ke sana singgah sekejap dekat sign board Cameron Highlands untuk ambil gambar....bukti la konon dah sampai ke sana.....apa lagi....dengan selamba nya kami adik beradik  ambil gambar....dah tak hirau dah orang lalu lalang...





settle aje sesi bergambar...kami terus bergerak ke kawasan rekreasi hutan simpan..tapi sebab lama aku pun dah lupa nama tempat tu....kira-kira macam aktiviti riadah la untuk sesiapa yang berminat nak masuk dalam hutan.tapi kiteorang pakai cantik sangat, susah la nak join aktiviti tersebut. kengkadang seronok jugak kalau boleh join kan......stamina kena kuat la......






nampak tak over nya kat situ...dan penutup bagi entry cuti-cuti aku nie adalah..........

gambar famili.........ini nyawa aku....tanpa diorang aku patah....sokongan diaorang yang tak pernah putus menguatkan semangat aku...Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan MAK dan AYAH serta adik beradik seperti mereka.....