Pages

Tuesday, January 21, 2014

Audit Diri dan audit Hati

salam readers

kali ini entry pasal luahan perasaan la pulak.....
Mood tengah swing je nie...

Alasan yang sering digunakan untuk mengelakkan diri dan menyalahkan orang lain, senang bukan...tapi sebenarnya pada aku, orang yang macam nie susah hati....nak tahu kenapa?? sebab dia kena cari banyak alasan yang konkrit untuk mengelakkan diri.. ingat senang ke....

Aku pun kengkadang ada masa mengelakkan diri jugak. tapi takdelah sampai semua benda pun nak elak kan. kalau dah ada masalah kan boleh dibawa berbincang, Aku tak cakap jugak kena bincang semua benda kan, ada benda yang lebih baik kita simpan sendiri. Contohnya perihal yang terlalu peribadi dalam hidup kita, ini tak...ada masalah sikit dah tulis dekat wall facebook, then mintak orang tolong nasihat dan like status tersebut, nampak sangat nak perhatian kan, cuba kita tilik dulu diri kita ni, tulis lah status yang membina, sedap sikit nak membacanya. Perihal rumah tangga pun nak cerita, nak pergi toilet pun nak tulis jugak memang melampau lah kan... meminta sangat tu.. nak-nak girl tao.....orang akan lagi pandang rendah pada kita, nak ke jadik macam tu..tak nak bukan...oleh itu, mari kita cuba berubah.

Mana yang sudah tu sudah lah..jangan diulang lagi kesilapan yang sama, kita kan belajar daripada kesilapan. Cuba ingat, orang tegur untuk perbaiki diri kita, bukan bermakna bila kita kena tegur orang lain tu benci or marah dengan kita, terima setiap kritikan sebagai sesuatu yang membina..bila kita bersikap positive aura positif tu akan sentiasa dekat dengan diri kita. Audit hati, Audit diri kita dahulu..perbetulkan mana yang salah dan kebenaran akan terbukti. tak susah bukan. Allah tahu apa yang Dia nak bagi pada umatNya. kita jangan risau 

"BUAT BAIK DIBALAS BAIK"

Dan akhir kata, ingat Allah sentiasa ada untuk kita, tenangkan hati dan sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan...semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t