Pages

Wednesday, February 19, 2014

Muhammad Ammar Rayyan

Assalamualaikum....

baiklah......sesekali nak menulis tentang anak buah aku yang lagi sorang tu... si adik Ammar yang memang tak reti nak duduk diam. Ada aje keletah yang nak dibuat oleh dia. Si Kakak dah makin ayu gitu.. Alhamdulillah yang penting mereka sihat. Nak jadikan cerita untuk entry kali ni...si Ammar nia dah 3 tahun dah umur dia, mula-mula tu....risau jugak kam, sebab tak boleh nak bercakap sangat tao..sekarang, bila dah mula bercakap walaupun pelat,....tak berhenti pulak dah..hihihi...Ammar ohh Ammar....

Ammar berbeza daripada kakak dia, kakak tak suka makan pedas, tapi Ammar suka sangat. Kakak suka main henpon tapi ammar tak suka. Memang banyak perbezaan antara kakak dan adik.


kalau balik rumah takde dieorang ini...memang sunyi la rumah...gelagat dieorang tu sangat membuat kami sekeluarga terhibur, gaduh adik dengan kakak, tarik rambut, main cubit-cubit, main tembak-tembak..pendek kata..semua benda nak jadi gaduh dieorang ini. tapi yang paling penting...dua-dua tak boleh renggang, mana-mana pun nak pergi berdua. Kakak sayang adik, adik pun sayang kakak.