Pages

Thursday, February 20, 2014

Benda yang tak sepatutnya....

Assalamualaikum...

tajuk pun dah suspen aje kan... ginilah....rasa terpanggil pulak nak tulis pasal benda yang tak sepatutnya....sila baca dahulu sebelum buat keputusan atau andaian okey. Kes ini jadi dekat aku.Aku rasa orang lain pun pernah kena lebih teruk daripada aku kan. Maklumlah bila orang dah sakit hati dan dengki..macam-macam lah yang dibuat nya untuk bagi kita rasa down dan sedih. tapi awak silap lah. Kepada si pedengki tersebut, aku paham aku memang bukan cantik, hot atau seangkatan dengan nya. tapi aku bahagia jadi diri aku sendiri. Nak tahu kenapa? sebab semua pada diri kita ni bukan milik kita pun. Dah awak duk maki-maki aku dengan enaknya tu sama lah awak menghina ciptaan Allah. Sedih Mak dan Ayah aku kalau tahu awak cakap buruk tentang anak dia. Penat Mak aku kendong aku 9 bulan dalam perut, tetibe awak simply maki hina aku. kalaupun tak suka,jangan baca blog aku ni. Aku tak paksa sesiapa pun baca blog aku. Aku bukan femes pun..bukan ribu riban followers. Dan nampak sangat awak tu salah sorang kenalan aku kan. Dah lama buat keje stalker orang, jadi HATERS dan sebagainya.

Takpelah...mungkin awak gembira lepas komen dekat blog aku kan, Jangan risau, apa yang awak komen tu takde kesan pun dekat aku. terima kasih jugak lah dekat awak sebab rajin baca entry lame-lame aku dan komen. Bukan senang tu nak cari nak komen bagai. Dan juga pada awak yang komen tu jugak, aku nak say thanks sesangat. Sebab at least aku tahu jugak ada orang tak suka aku, sebab bukan senang nak bagi orang suka pada kita. Aku pun bukan suka jugak semua orang kan. 

Jadi, aku tetap akan continue blog aku ini, dulu dah pernah sekali ada orang nak hack bagai blog aku. Tapi tak tahulah siapa kan. Biarkanlah...tak jadi kudis pun pada badanaku. tak jadi beban pun dalam otak aku. banyak lagi benda aku nak fikir dan lebih penting kan. Anyway....... kalau tak puas hati sekalipun, datang depan-depan talk to me. Itu lagi senang. tak yah lah komen dengan ayat yang mengarut semua tu. sian kalau orang tua baca, atau budak-budak baca. bahasa tu kan budaya kita. 

sebelum terlambat, aku jugak nak terima kasih kepada si pengkomen ni. sebab cakap benda yang tak sepatutnya dalam blog aku. 

KEEP CALM AND STAY TUNED......


p/s : Aku gelak aje baca komen tu, aku dah delete pun. kawan aku cakap teruk sangat die komen, aku gelak aje...Allah ada...Allah nampak,Allah tahu siapa yang komen. Aku doa aje.....dia okey.....=) peace yaa