Pages

Tuesday, February 25, 2014

Anggapan orang berbeza

salam semua...

terpanggil pulak untuk buat entry pasal "persepsi" orang berbeza. Apa yang aku nak maksudkan kali ni adalah......semua orang mempunyai pandangan peribadi masing-masing. Kengkadang langsung tak sama dengan pandangan kita bukan. Oleh itu, janganlah kita jadikan pandangan orang semua salah di mata kita. tidak patut bukan. aku jugak ada pandangan peribadi aku, sebagai contoh, aku tak suka cerita korea, tapi aku takde lah halang or kutuk cerita korea kaw-kaw lak..tapi bagi sesetengah orang pulak, cerita korea lah paling best dan tak boleh tinggal...sebab apa, sebab dieorang suka. tak jadi hal pun kan. minat masing-masing pun berbeza.

cerita yang aku nak  share kat korang kali ni....perihal tingkah laku yang boleh menyebabkan kenapa pandangan orang akan sentiasa negatif pada kita.
  1. Tidak menerima nasihat orang lain.
sebagaimana yang kita tahu, bila ada masalah, adalah normal bagi kita untuk bercerita pada orang yang kita percaya. dan mereka akan bagi pendapat dan nasihat untuk kita cuba selesaikan masalah yang kita hadapi itu secepat mungkin. tapi, bila mana kita bagi nasihat dekat dia, dia taknak terima dengan hati yang terbuka dan melenting lagi pada kita.  kesalahan ini akan menyebabkan orang dah taknak bagi pendapat dan nasihat bila kita hadapi masalah di masa akan datang. bersangka baik pada kawan yang ingin menolong kita. tak susah bukan. Aku faham...sebab dulu pun aku macam tu jugak. suka ambil sambil lewa sahaja nasihat yang orang bagi pada aku, tapi sekarang aku dah ambil pengajaran daripada kejadian itu. bila ada masalah aku akan share dan mintak nasihat orang lain, mana tahu mereka mampu memberi idea untuk menyelesaikan masalah itu.

     2. Sentiasa ingin menang

Adalah bagus mempunyai sikap ingin menang, tapi haruslah kena pada tempatnya. Dah kalau setiap masa nak menang, susah jugak kan. Ini realiti pada pandangan aku.Sebab aku jugak pernah buat benda nie. semua orang pernah rasa nak menang sentiasa. Adakala bagus sikap macam ni. tapi adakala merosakkan kite jugak. Bersederhana kan elok..

 3. Mengharap Balasan.

Perihal yang ini jugak memang annoying sangat pada aku, dah kalau semua benda nak ungkit sebab pernah buat dekat kita, lama-lama naik rimas jugak bukan. Aku percaya kalau kita buat baik dengan orang, Allah akan balas pada kita baik jugak. Sama ada cepat ataupun lambat. Jangan sebabkan budi pada orang, orang yang kita berbudi tu memang wajib membalas perbuatan kita. Kan dah tak bagus macam tu. Buat baik berpada jugak korang.

4. Teguran yang melampau.

Bagi teguran pulak, apa salahnya bila kita nampak kawan or sesiapa yang kita baik dan kenal, kita betulkan mana yang salah. tak guna jugak kita buat kebaikan tapi tak sampaikan kebaikan yang kitaada tu pada orang lain. Nie tak, salahkan orang sebab taknak ikut cara hidup kita. Tak semua orang dapat apa yang kita dapat. tak semua orang juga macam kita. Dah kalau semua orang sama. takde lah istilah rambut sama hitam hati lain-lain kan. tak ke gitu...... Nasihat menasihati tu kan baik, bila ada ilmu yang kita tahu, curahkan pada yang memerlukan. jangan duk simpan untuk diri sendiri. tak kira kita baik ke tidak ke. Kebenaran perlu kita bagitahu. Orang nak cakap macam-macam pada kita memang ada. tapi macam mana nak handle situasi. jangan jadi batu api pulak dalam memberi teguran itu.


Aku tak kata aku baik.....aku jugak banyak buat silap. kengkadang memang perlu kita tahu anggapan orang pada kita. Supaya kita boleh tahu siapa yang suka akan perangai kita dan siapa yang tak suka. mana yang boleh di ubah, kita ubah.....Bersikap positif memang perlu dalam kehidupan. Berterus terang juga perlu. kita kena ingat. kita hidup dalam masyarakat. bukan hidup sorang aje dalam dunia ni. Mana yang aku salah korang betulkan, mana yang aku rasa korang salah,aku tegur. Sebab aku nak berubah, berubah ke arah kebaikan. InshaAllah....yang penting niat......


Dari Umar bin Khathab r.a : 
 Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.