Pages

Thursday, February 27, 2014

Anak Kampung

tajuk dah kemain lagi....memang tak boleh nak nafikan, aku memang orang kampung...membesar dalam suasana kampung adalah pengalaman paling berharga dalam hidup aku, Alhamdulillah aku maih ada kampung lagi sampai sekarang. Nenek aku dengan pakcik aku tinggal di kampung sekarang. sekurang-kurangnya sebulan sekali mesi aku dan keluarga balik kampung. Bila balik kampung, memang teruja. Macam mana jauh pun kami berjalan, kampung juga tempat paling selesa.

Tempat membesar oii....takkan boleh lupa macam tu aje kan. Duduk kampung tak perlu fikir pasal bunyik bising pun. Malam-malam kalau hujan lebat aje bising sebab atap zink kan. Lepas hujan reda aje, bunyi katak pun kedengaran. Ha tu la music asli. Bile balik kapung jugak udara memang segar. Mandi pagi adalah yang sangat nak dielakkan sebab sejuk sangat-sangat. Bangun pagi pun dah kena kejut dengan suara ayam berkokok. Belum lagi dengan bunyi unggas bagai. Ahh.....seronok duduk kampung.

Depan rumah nenek pulak ade sungai. Bila musim kemarau, kemain lagi hebat tunjuk skil berenang. sebab pasir dah mula timbul dan air semakin surut. Time nie, lepak tebing sungai sambil minum air kelapa memang heaven dah. Misi mencari "etok" dan "kijing" jugak dapat diteruskan. Kemain pulun cari sampai penuh guni atau plastik. Siap berebut-rebut bagai dengan orang tebing sebelah. hehehe.... masa kecik mana tahu malu, sebab tu ajela hiburan yang ada zaman aku kecik dulu. Belum tiba musim buah lagi. Mak aii kemain lagi seronok sebab musim ini la yang paling dinantikan dekat kampung. Buah-buahan semua free. Al maklumlah, hak sendiri kan..puas sungguh la makan buah. siap packing bawak balik lagi. Nenek mesti akan telefon bagitahu buah dah masak. Kami memang wajib balik bila musim buah ini.........seronok ada kampung...seronok jadi anak kampung kan.

Malam pulak,pergi mengaji rumah Aki. jalan kaki la memalam pergi dengan adik beradik lepas maghrib. Balik pulak lepas isyak. Pun ade orang teman la balik. Takut punye pasal. Pukul 10 dah kena paksa tidur dengan Mak dan Abah. sempat lagi tu borak-borak, gelak-gelak..lepas kena sound, diam kejap.....lepas tu buat balik. sampai la tidur. Kami tidur guna kelambu time tu. sebab nyamuk banyak. Nak pasang ubat nyamuk, mak dah serik. nak tau kenapa..tidur ganas sangat, bantal terjatuh dari katil n kena ubat nyamuk. apa lagi...terbakar la..mujur sempat mak sedar...padamkan api....


Bila balik kampung, selalu borak dengan nenek pasal hal kecik-kecik mesti akan gelak besar. Sebab nenek yang jaga kami. Mak selalu kursus masa kami kecik2..Bile dah mula cerita, memang tak boleh berhenti dah la. Eksaited kemain lagi.Walaupun dah banyak kali ulang benda yang sama. Tak pernah jemu pun kami cerita. Mintak nenek cerita pasal Arwah Tok aku. sebab kami tak sempat jumpa pun. Allah sayangkan Tok.Dia ambil Tok awal. Tapi kami tetap sayangkan Tok jugak. Sekarang tinggal nenek dengan Pak cik aje dekat kampung. Alhamdulillah..nenek masih lagi sihat walaupun tak dapat nak berjalan, Kami sayang nenek ketat-ketat...=)