Pages

Friday, February 28, 2014

Beza antara Zaman Dahulu dengan Zaman Sekarang

Sekarang ini kalau perasan memang terlalu banyak isu tak puas hati dengan cikgu, dengan Ibu bapa dan kengkadang aku jadi takut nak tengok berita. Sebab bebudak zaman sekarang lebih advance daripada kita. Zaman aku sekolah dahulu, kena marah dengan cikgu ke, kena rotan ke memang takdenye nak report dekat mak ayah aku. Kalau aku report pun mesti aku yang kene sembur semula. Sebab mak aku cakap mesti ada sebab kenapa cikgu rotan awak.

Sekarang dah jadi lain, cikgu dah takut dengan anak murid sendiri, tak puas hati mereka akan calarkan kereta, pancitkan tayar kereta, tunggu luar sekolah nak sound cikgu bawak ramai-ramai geng bagai. Semua dah jadi terbalik kalau aku perhatikan. Kuasa Cikgu tu dah jadi macam hilang begitu aja. Pada aku tak wajar sekiranya kita asyik nak menyalahkan cikgu semata-mata. Selidik dahulu perangai anak-anak kita macam mana sebelum dengar saja cakap mereka. Sebagai cikgu juga, peranan yang kita mainkan di sekolah juga memang perlu dan penting. Memanglah aku sekarang belum pun ada anak lagi. Tapi at least kita boleh bentuk anak-anak kta dahulu. Jangan manjakan mereka sampai kita tak nampak kesalahan yang mereka lakukan. 

Ini jugak satu kes yang terjadi pada aku. Setiap minggu mesti skali jadi pada aku. Bila kanak-kanak melintas. Ya Allah, ini memang serius kena kawal pada aku. Mereka "menonong" melintas jalan keluar dari sekolah. Walaupun ada Pak Guard yang jaga, mereka tetap tak nak ikut apa yang Guard tu suruh. Sampai kami yang memandu ini terpaksa brek dengan mengejut. Mujur la memang bawak slow depan sekolah. kalau tak, tak tahu la apa yang jadi. Zaman aku kecik-kecik dulu, nak melintas pun takut. mesti tunggu ramai-ramai kawan baru melintas secara berjemaah...hihihi...Sebab Mak dah pesan jangan pandai-pandai melintas sengsorang. Lepas tu pulak, Mak dan ayah takde nye parking depan pintu sekolah nak ambil anak-anak. sekarang, kalau boleh masuk dalam sekolah nak ambil anak-anak mereka. Parking tempat yang tak sepatutnya. parking sampai menghalang laluan orang, Keluar kereta sesuka hati tanpa bagi isyarat. Pada aku benda-benda macam ni yang kita ajar pada anak-anak kita secara tidak lansung. Sikap tidak berhemah ini akan mendorong mereka untuk membuat perkara yang sama. Tapi kita tak nak salahkan diri kita. Kesalahan itu diletakkan di atas bahu cikgu dan orang lain. Wajar tak kita???

Perbezaan ketara ini yang boleh kita lihat dalam zaman ini. lebih maju aliran teknologi, makin malas perangai kita. Sebab nak diamkan anak dengan bagi mereka main Ipad, Henfon dan segala gadjet yang canggih. maka dengan itu, mereka akan jadi meminta-minta sekiranya mereka tidak dapat akan benda yang mereka ingini. Tak nak bukan sebagai ibu bapa kita akan jadi terpaksa membeli barang yang bukan keperluan utuk anak-anak kita. Meskipun untuk tujuan pelajaran, kengkadang ianya di salah tafsir oleh anak-anak kita. Layan youtube dengan sewenangnya, tanpa ada pantauan daripada ibu dan bapa. Dan natijahnya, kanak-kanak cenderung untuk melakukan keganasan, aktiviti seksual yang makin meruncing. Adalah penting memantau pergerakan anak kita, tak kira di mana mereka berada. Sebab melentur buluh biarlah daripada rebungnya bukan...



p/s : Aku hanya  luahkan apa yang aku rasa...sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, aku mintak maaf,..=)