Pages

Friday, March 28, 2014

Spreading Love

Alhamdulillah....

Masih lagi dapat bernafas di Bumi Allah....lately mesti semua macam aku jugak, tertanya-tanya akan tragedi MH370 yang masih lagi tidak dapat dikesan. Allahuakbar, Kuasa Allah tidak dapat sesiapa yang halang atau hentikan bila Kun Faya Kun . Malam semalam aku tengok Semanis Kurma, Ya Allah....nak cari redha dengan ikhlas tu bukan senang...Nape aku cakap macam tu....sebab sesiapa pun di tempat keluarga mangsa tidak redha menerima berita yang sangat menyayat hati bukan. Sedangkan aku yang tidak pertalian juga sebak dengan perkhabaran tersebut. Apatah lagi dengan berita 529 orang yang akan dijatuhi hukuman mati... #529Egypt Allahuakbar.

Ikhlas bukan melalui perkataan, Pakar motivasi semalam bercakap mengenai Ikhlas dan redha.... betul, Aku pun rasa macam tu jugak.kita boleh cakap kita ikhlas dan kita redha dengan apa yang menimpa kita...tapi jauh disudut hati kecil??? tiada siapa yang tahu bukan....hanya kita dengan Allah yang tahu...zahirkan melalui perbuatan....senang nak cakap tapi terlalu payah untuk dilakukan....Ya Allah....perkataan yang senang dilafaz tapi terlalu sukar pengertiannya.

Dan sebagai seorang umat Islam.....ambil masa kita untuk titipkan doa buat mereka yang terlibat dan kongsi rasa kesedihan itu..jangan tambah lagi penderitaan mereka dengan menyebarkan spekulasi yang tidak benar...Sepatutnya kita luahkan kata-kata semangat agar mereka tenang dan boleh menerima perkhabaran sedih itu....Bila terlalu banyak orang ingin menjadi orang yang petama menyalurkan berita, Kita semakin galak menyebarkan penipuan berbanding kebenaran..... Diam bukan bererti kita tidak concern about this matter...tapi kita taknak make it worst. 

Melalui peristiwa ini jugak...terpanggil untuk mengulangi apa yang di usulkan oleh Ustaz Don dalam tv Al Hijrah iaitu :

  1. Buat solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan jauh.
  2. Baca doa ketika menaiki pesawat/ mahupun kenderaan.
  3. Wasiatkan pada ahli keluarga mahupun pasangan ketika ingin bermusafir.
Perkara yang jarang kita lakukan tapi dah sampai masa kita buat. Betul cakap Ustaz Don...aku pun jarang buat 2 perkara itu.....kecuali doa menaiki kenderaan yang biasa aku buat. Ya Allah....dugaan Mu telah menyatukan kami..kesedihan itu sangat memilukan hati kami....Ya Allah berilah kami petunjukMu dan kuatkanlah semangat ahli keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut.....

 Ikhlaskanlah hati mereka menerima dugaanMu dan berilah mereka redha dengan perkara yang menyayat hati ini Ya Allah.....Ampunkan dosa mereka yang telibat dalam MH370.

Aku bukan sesiapa pada mereka...tapi tragedi ini menyedarkan aku tentang banyak perkara... hargai mereka ketika mereka masih ada, Allah lebih sayangkan mereka kerana mereka adalah orang yang baik..Allah ambil balik orang yang Allah sayang....Innalillah....