Pages

Wednesday, July 23, 2014

STAY TOGETHER

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah ke penghujung ramadhan dah......tapi makin ke penghujung makin banyak cerita yang menyedihkanterutamanya untuk rakyat Malaysia dan Palestin. 

#prayforgaza

#prayforMH17

#prayforMH370

tahun yang paling mencabar untuk Malaysia, kehilangan MH370 belum tahu punca lagi sekarang MH17 pula menjadi mangsa. Ya Allah permudahkanlah segala urusan dalam misi pencarian dan misi membawa pualng mayat-mayat mangsa nahas. 

Di kesempatan ini juga, aku nak mintak tolong dengan korang semua....sama-sama berdoa untuk umat Islam yang ditindas dengan kejam di Gaza. Hulurkan bantuan dari segala aspek yang kita mampu, kalau mampu beri banyak sumbangan dana mahupun hulurkan doa buat mereka. Ya Allah sayu hati tengok anak-anak kecil dan ibu-ibu di bunuh dengan kejam dan tidak berperkemanusiaan langsung oleh Zionist. 

Apa salah mereka, mereka tidak berdosa dan masih kecil serta tidak berdaya. Bedilan demi bedilan melanda. mari bersama-sama memanjatkan doa untuk mereka. TOLONGLAH juga jangan nak salahkan mana-mana pihak . Pihak yang patut disalahkan adalah Rejim Zionis yang teramat kejam. Mana tahu salah satu doa kita di makbulkan oleh Allah swt. 

Beri kerjasama juga dengan semua pihak yang ingin menghulurkan bantuan dan jangan membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai perkara ini. Sama-sama jaga hati dan perasaan orang yang merasa kehilangan ahli keluarga dalam nahas MH17 dan MH370. Jaga percakapan, jangan share benda yang belum tentu sahih dan belum pasti akan kebenarannya. Jangan tahu hanya menuding jari pada Pemimpin kita, kita belum tentu mampu berada di tempat beliau jika situasi begini terjadi. Sama-sama menyokong dan lupakan sengketa seketika untuk perkara yang melibatkan isu kemanusiaan. Jangan ambil sikap yang bersifat mementingkan diri sendiri. Jangan juga menyalahkan pihak MAS airlines untuk perkara ini. Tiada siapa yang mahu perkara sebegini terjadi. maka sama-sama memahami semua situasi yang sedang dihadapi oleh negara kita.

Sama-sama sedekahkan Al-fatihah dan salam takziah untuk semua mangsa-mangsa di GAZA, MH370 dan MH17.