Pages

Thursday, September 4, 2014

H.O.B.I

Assalamualaikum....

hujung minggu yang panjang untuk aku.....seronok dapat balik rumah dan habiskan hujung minggu dengan famili.macam biasa la, hujung minggu memang ada kenduri kendara. kali ni kenduri sepupu aku lak... tapi untuk entry kali ni nak cerita tentang hobi. Semua orang ada hobi ye dak??? kalau zaman dulu-dulu hobi nak kumpul setem, memancing, membaca buku cerita, menyanyi la...bagai-bagai hobi la nak sampai ke besar tu. dalam biodata mesti ada perihal hobi. hahahhaa...kalau tengok balik buku-buku lama tu gelak aje sensorang uolls....kelakor sangat la....kalau hobi kumpul setem tu macam gah sangat dah. Padahal nak beli setem pun tak pandai.hihihihihi..

Anyway, kali ni nak share tentang hobi aku, yela selain bela binatang peliharaan aku suka jugak buat koleksi kaktus. Kenapa kaktus?? sebab senang nak jaga..lagipun aku memang suka kaktus. Berduri dan cantik.. Ala-ala cantik tapi kena berhati-hati nak pegang. Ha gitu uollss....ada kaitan tak??? pedulik la...janji aku feeling gitu..okey ape...hahahhaa

Antara koleksi kaktus yang aku ada....













Tapi kaktus ni ada kat rumah aku la.Aku tak bawak pegi rumah sewa...senang nak maintain kt rumah tu...Terima kasih jugak kat mak yang banyak tolong jaga, tolong siram time aku takde kat rumah. Biasa beli memant time bercuti dekat cameron la... Maklumlah situ dapat murah sikit. tapi dalam pasu kecik la. Sekarang da besar kena cari pasu besar sikit. Ada jugak yang dah berbunga tao....Seronok la tengok kaktus tu makin besar.


Aku ade jugak feeling-feeling nak buat mini garden gitu......tapi memang penuh dengan kaktus la. Mak aku lak nak buat mini garden untuk orkid die... ha sesuai sangat uolls.....




ha ala-ala macam nie (sumber google)






cantik kan... (sumber dari google)

lebih kurang macam dalam gambar tula angan-angan aku ni ha...InshaAllah mana tau satu hari nanti aku dapat laksanakan.....amiin