Pages

Monday, November 24, 2014

Lumrah


Assalamualaikum....

agak lama menyepi diri...hilang fokus untuk berblog dah sekarang, rutin harian jadi makin sibuk dan kenkadang takde masa untuk diri sendiri dah.... bukan mengeluh atau merungut tapi kenkadang orang tak faham akan situasi yng kita hadapi ketika ini. Adakala tertanya pada diri, bila mana mereka yang sibuk nak ambil tahu tentang orang lain ni kemana hala tuju hidup?? Asyik meroyan menjadi pengkritik hebat alam maya. Bahagia sanga ke hidup macam tu??? Tak pernah terlintas ke dalam fikiran mereka, apa yang diperkatakan itu akan mengena batang hidung sendiri?? Sedih dengan akal fikiran yang cetek tanpa berfikir dahulu akan keburukan kritikan tersebut. Hidup di bawah bumbung yang sama, tiada titik noktah dalam hidup. Tiba masa terkena pada mereka, baru terduduk dan bertanya sendiri. Hebat sangat kah kita sehingga semua yang dibilang hendak dibahas sewenang-wenangnya. Semua keputusan adalha salah dimata mereka. Tiada yang kurang pada mereka, mereka sempurna, tiada cacat cela, tiada salah, tiada silap. ITU MEREKA.

Ingat MEREKA, hidup di dunia bukan untuk mengkritik sahaja, kalau sudah ada bekalan yang cukup MEREKA tidak akan bertindak sedemikian. Perlu persaingan dalam hidup, tapi bukan hasad dengki, bukan khianat mengkhianati. Harap mengerti akan itu.. Wah hebatnya MEREKA di mata orang..hebatnya MEREKA di depan orang, hebatnya MEREKA dalam berpakaian...tapi tidak hebat juga bila mengenali akan sebenar siapa MEREKA. Indah khabar dari rupa.
memang aku serba kekurangan, dari segi ilmu, malahan peribadi.....bukan berundur bererti kalah, tapi terlajak bahasa membuat orang lari dari MEREKA. Hidup lah MEREKA di dalam dunia MEREKA. Aku doakan semoga MEREKA berbahagia....




p/s : Allah ada, Allah tahu, Allah lihat apa yang kita buat