Pages

Monday, October 17, 2016

Tukar status jadi Mak orang

Assalamualaikum..



Alhamdulillah 1 Oktober 2016 jadi hari paling sejarah buat aku dan husben...kelahiran puteri sulung kami... tepat jam 1.12 petang seberat 3.495kg
Semoga membesar jadi anak yang solehah dan berguna di dunia mahupun di akhirat kelak... inshaAllah mama akan jaga amanah Allah ini dengan sebaiknya...

bermula la episod pantang aku selama 44 hari... gud luck for me... nanti ade masa aku update lagi ye...


with love....

Sunday, September 25, 2016

Tips Biakkan Kaktus versi Chong

Assalamualaikum

Since dah buat untuk tips kawalan rumpai dalam pasu last entry, kali ni nak cerita tips biakkan kaktus pulak.... nak dijadikan cerita, aku ni memang minat sangat dengan kaktus dan orkid..antara pokok bunga yang menawan hati, sebenarnya senang nak jaga...hihihi

bagi yang baru nak mula tanam or biakkan kaktus ni, ada beberapa cara yang boleh dibuat. Antara nya ialah, kalau beli yang dah memang banyak dalam 1 pasu, kita boleh pecahkan dalam beberapa pokok..

Daun yang gugur jangan buang..nanti dalam 2 minggu dia akan tumbuh akar




Bila dah cukup daun untuk pindah pasu, daun lama akan kering sendiri

Hujung belah kanan daun baru gugur...nanti biarkan dan akan ade akar tumbuh..

ni hasil yang telah di pindah dalam pasu....waktu kecik ni...siram guna spray aje...tak perlu siram banyak air
masa daun tu dah mula gugur, korang boleh asingkan letak atas pasu lain ataupun letak atas pasu yang lebar bentuknya..susun cantik-cantik dan kena pastikan tanah atau alas lembab.. cuma perlu spray bagi lembab aje...untuk menggalakan pertumbuhan akar halus....bila ada akar, daun memang tidak layu, sekiranya dau nlayu sebelum ade akar, makna nya memang xjadi la korang nak biakkan...

Simpan daun sehingga ada akar dan pucuk mula bercambah...time ni memang kena tengok dan perhati betul-betul... sehingga akan dapat dalam 2-3 daun baru tumbuh di pangkal daun tadi...baru kita boleh alihkan untuk letak dalam pasu dan asingkan....

 dan hasilnya........ sepeti dalam gambar last sekali tu.....so sekarang banyak jugak lah aku dah biakkan....


Friday, September 23, 2016

Kaktus dan kawalan rumpai

Assalamualaikum 

 memandangkan kerja pun bidang pertanian, memang tak sah lah kalau tiada soklan daripada orang kampung kalau balik kampung, ada mintak benih la..ada mintak nasihat kenapa pokok jadi macam ni lah.....so da memang tugas aku untuk menjawab sehabis baik mane yang aku tahu berkaitan dengan bidang aku ceburi ini..nampak macam senang tapi dugaan macam-macam tau.... So far boleh handle lagi segala masalah yang berlaku... okey..kali ni nak review sikit pasal  tips untuk mengawal rumpai dalam pasu..

Rumpai ini, segala bentuk tumbuhan yang tidak diingini tumbuh pada pokok yang kita tanam. tak kisah atas tanah mahupun dalam pasu bunga. Segala yang tumbuh disekeliling pasu yang bukan bunga or pokok yang kita tanam itulah rumpai. Rumpai jugak boleh menyebabkan gangguan pada pokok kita, termasuk pencahayaan, persaingan baja, air dan nutrien dalam tanah. 

Teknik kawalan rumpai jugak perlu dibuat sama ada secara manual mahupun penggunaan racun kimia. tapi setakat dalam pasu bunga tu, cabut pakai tangan aje.... leceh kan rasa....tapi kita ada jalan penyelesaian nya...





sumber gambar daripada google...ha korang boleh guna batu hiasan macam ni untuk halang rumpai daripada tumbuh dalam pasu...sebab pasu aku tu kecik aje..aku beli la batu yang kecik-kecik aje...satu paket rm5.50 sahaja dan cukup untuk 6 pasu aku tu...boleh dapatkan kat nurseri bunga..batu sungai yang kecik-kecik pun boleh guna jugak....














Yang ni aku guna batu sungai..sebab sungai surut hari tu..kutip lah

 
salah satu contoh yang aku buat untuk kaktus aku......sebab senang tak yah nak cabut rumpai bagai...penuhkan keliling pasu tu dengan batu-batu kecik.... mata pun sedap je nak tengok....kan...

nanti aku share pulak macam mana nak biakkan kaktus....sebab aku memang minat tanam kaktus ni....rumah aku,rumah mak sampai la rumah nenek kat kampung pun ade koleksi kaktus aku....hihhi.

Semoga bermanfaat untuk korang yang baru nak mula tanam.....



Thursday, September 22, 2016

Hari raya Korban 2016

Assalamualaikum

Tahun 2016 ni tahun paling sedih jugak lah...Mak dan Abah takde waktu raya korban hari tu. Mak dan abah dapat jemputan jadi tetamu Allah di mekah..Alhamdulillah walaupun menangis waktu hantar mak abah hari tu, tapi aku tahu diaorang seronok sangat dapat jadi tetamu Allah, bukan senang nak dapat giliran. Sementara mak abah masih lagi sihat ni, memang rezeki dieorang.... syukur Ya Allah... So waktu raya tu..memang aku la kena ambil alih tugas dapur, nak masak juadah apa untuk raya...Macam terer sangat je kan....padahal aku tak la pandai sangat jugak.... 

So, aku pun fikir-fikir masak benda yang paling mudah nak sediakan...

  • Nasi Ayam
  • Spagetti
  • nasi impit kuah kacang
  • Kek batik
Dan aku pun tak jangka jugak lah ramai sedara mara datang... terkejar-kejar jugak la.. nasib lah ade akak ipar dan adik tolong....oh tak lupa jugak nenek aku.....tukang pemerhati.....dah la pertama kali buat kuah kacang tanpa mak..biasa memang mak yang masak...walaupun tak la serupa macam mak masak...tapi intan pandai dah jugak...hihihi puji diri sendiri....Husben pun tak dapat balik jugak masa raya haji hari tu...sedih tao iolls....sebak je rasa....dia kena outstation kt kemboja....so dah kerja nak buat macam mana kan...........








cerita raya haji aku.....hihhi walaupun mak buyung dah sarat..tapi iollss nak jugak bergambar lawa-lawa...hihihihii....

Wednesday, September 21, 2016

Makan-makan lagi

Assalamualaikum..



Kula Cakes dah memang femes dah sekitar Kuantan dan ade jugak yang dari jauh sanggup datang semata-mata nak pekena Mango Cheese Cake dan  Pandan Cooler dieorang.... Pergh memang terangkat weii.... tu belum creme brulee lagi, pavlova, toblerone cheese dan macam-macam lagi lah.... terliur dah tengah taip pun aku ni....so memang rutin la aku dan adik aku akan singgah kalau rasa nak makan....tutup setiap hari Isnin sahaja.... dan paling win tempat ni ala-ala nature gitu..... korang akan tengok ade basikal tua tergantung tepi dinding, meja pallet.... ade mural sikit dan ade jugak pokok-pokok menjalar dah...dulu tak bape banyak kerusi meja..now dah makin bertambah...dan kalau datang tak kena masa....korang tapau jela...nak makan dekat situ memang full house weii....tu belum kena beratur panjang nak beli... tapi tula bila dah sedap dan orang dah mula kenal...memang lumrah la kan.... 








hubby suke...peanut butter choc cheese


hoi gemokkkk

peneman setia budak due orang ni

Tuesday, September 20, 2016

Picnic with Love

Assalamualaikum...


Cuti hari Malaysia hari tu tetiba planning ngn adik aku nak pegi berkelah la konon nye...sambil-sambil nak buat Maternity shoot la....alang-alang encik hubby baru balik dari outstation...so aku pun nak masak simple-simple aje la.... buat sandwich telur, nasi goreng dan scallop + sosej.... tapi part paling kelako tak dan pun nak ambil gambar makanan......nampak tak gelojoh sangat nak makan....pergi area Kuantan jugak...malas nak pegi jauh-jauh sangat...since tak bape nak planning sangat...pagi tu gerak pegi Pantai Sepat. Sape pernah pergi mesti tao dekat mana kan....aku suka view die...sebab teduh sikit ade pokok-pokok sekitar tepi pantai tu.....Disebabkan hari cuti, maka ramai lah orang pun datang berkelah...termasuk la aku.... Pergi empat orang termasuk adik aku dan kawan die...tu memang peneman setia aku....thank you sesangat

acah-acah kurus

feeling sangat la tu