Pages

Friday, September 23, 2016

Kaktus dan kawalan rumpai

Assalamualaikum 

 memandangkan kerja pun bidang pertanian, memang tak sah lah kalau tiada soklan daripada orang kampung kalau balik kampung, ada mintak benih la..ada mintak nasihat kenapa pokok jadi macam ni lah.....so da memang tugas aku untuk menjawab sehabis baik mane yang aku tahu berkaitan dengan bidang aku ceburi ini..nampak macam senang tapi dugaan macam-macam tau.... So far boleh handle lagi segala masalah yang berlaku... okey..kali ni nak review sikit pasal  tips untuk mengawal rumpai dalam pasu..

Rumpai ini, segala bentuk tumbuhan yang tidak diingini tumbuh pada pokok yang kita tanam. tak kisah atas tanah mahupun dalam pasu bunga. Segala yang tumbuh disekeliling pasu yang bukan bunga or pokok yang kita tanam itulah rumpai. Rumpai jugak boleh menyebabkan gangguan pada pokok kita, termasuk pencahayaan, persaingan baja, air dan nutrien dalam tanah. 

Teknik kawalan rumpai jugak perlu dibuat sama ada secara manual mahupun penggunaan racun kimia. tapi setakat dalam pasu bunga tu, cabut pakai tangan aje.... leceh kan rasa....tapi kita ada jalan penyelesaian nya...





sumber gambar daripada google...ha korang boleh guna batu hiasan macam ni untuk halang rumpai daripada tumbuh dalam pasu...sebab pasu aku tu kecik aje..aku beli la batu yang kecik-kecik aje...satu paket rm5.50 sahaja dan cukup untuk 6 pasu aku tu...boleh dapatkan kat nurseri bunga..batu sungai yang kecik-kecik pun boleh guna jugak....














Yang ni aku guna batu sungai..sebab sungai surut hari tu..kutip lah

 
salah satu contoh yang aku buat untuk kaktus aku......sebab senang tak yah nak cabut rumpai bagai...penuhkan keliling pasu tu dengan batu-batu kecik.... mata pun sedap je nak tengok....kan...

nanti aku share pulak macam mana nak biakkan kaktus....sebab aku memang minat tanam kaktus ni....rumah aku,rumah mak sampai la rumah nenek kat kampung pun ade koleksi kaktus aku....hihhi.

Semoga bermanfaat untuk korang yang baru nak mula tanam.....