Pages

Sunday, September 25, 2016

Tips Biakkan Kaktus versi Chong

Assalamualaikum

Since dah buat untuk tips kawalan rumpai dalam pasu last entry, kali ni nak cerita tips biakkan kaktus pulak.... nak dijadikan cerita, aku ni memang minat sangat dengan kaktus dan orkid..antara pokok bunga yang menawan hati, sebenarnya senang nak jaga...hihihi

bagi yang baru nak mula tanam or biakkan kaktus ni, ada beberapa cara yang boleh dibuat. Antara nya ialah, kalau beli yang dah memang banyak dalam 1 pasu, kita boleh pecahkan dalam beberapa pokok..

Daun yang gugur jangan buang..nanti dalam 2 minggu dia akan tumbuh akar




Bila dah cukup daun untuk pindah pasu, daun lama akan kering sendiri

Hujung belah kanan daun baru gugur...nanti biarkan dan akan ade akar tumbuh..

ni hasil yang telah di pindah dalam pasu....waktu kecik ni...siram guna spray aje...tak perlu siram banyak air
masa daun tu dah mula gugur, korang boleh asingkan letak atas pasu lain ataupun letak atas pasu yang lebar bentuknya..susun cantik-cantik dan kena pastikan tanah atau alas lembab.. cuma perlu spray bagi lembab aje...untuk menggalakan pertumbuhan akar halus....bila ada akar, daun memang tidak layu, sekiranya dau nlayu sebelum ade akar, makna nya memang xjadi la korang nak biakkan...

Simpan daun sehingga ada akar dan pucuk mula bercambah...time ni memang kena tengok dan perhati betul-betul... sehingga akan dapat dalam 2-3 daun baru tumbuh di pangkal daun tadi...baru kita boleh alihkan untuk letak dalam pasu dan asingkan....

 dan hasilnya........ sepeti dalam gambar last sekali tu.....so sekarang banyak jugak lah aku dah biakkan....