Pages

Thursday, March 23, 2017

Cuba Jaya

Assalamualaikum..

entri pun dah macam nak pegi peperiksaan aje kan.... 
sempena dengan keputusan SPM 2016 yang dah keluar baru-baru ni.. aku terpanggil pulak nak buat entri pasal cuba jaya.
semua emak dan ayah nak anak mereka berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang, namun tak semua dapat seperti yang dikehendaki kan.. Well, pengalaman aku dulu macam tu jugak, since form 4-5 aku masuk sekolah teknik, maka aku ni lebih menjurus pada aktiviti kokurikulum lah...sebab dapat pulak kejuruteraan awam yang aku tak berapa minat. main lebih sikit lah kan.. tapi waktu tu pulak timbul la kisah Amalina yang dapat 17A tu..nk jadikan cerita, aku mula tanam azam nak jadi macam dia la..walaupun dah agak lambat tapi yang penting niat tu ada. Result SPM aku, tekdelah hebat mana pun...sedang-sedang aje, Alhamdulillah takde subjek gagal. Dapat jugak sambung belaja Diploma Pertanian di UPM Bintulu.. dan sambung Ijazah di UPM Serdang.

Benda yang aku nak korang tahu, yang penting kita dah cuba dan usaha... lepas tu baru tawakal, hidup ini, kita yang pilih jalan mana yang kita nak. Semua orang ada pilihan dalam hidup mereka. Tak kira lah dari segi apa pun.. lebih lagi dalam kehidupan harian.. Allah bagi akal untuk kita fikir baik dan buruk setiap keputusan yang kita ambil. 

Pada semua calon SPM2016 yang berjaya, Alhamdulillah dan tahniah pada korang..mana yang dapat result kurang memuaskan tu, jangan bimbang...perjalanan korang masih jauh lagi...tak bermakna sekarang tak berjaya, hidup korang pun musnah....No No No okay..... cuba dan berjaya.. Allah dah tetapkan setiap orang rezeki yang terbaik buat mereka, sama ada cepat mahupun lambat...

So, tetapkan hati dan berfikir secara rasional untuk perjalanan yang masih jauh itu.... niat tu kena perbetulkan...bak kata auditor semalam...lebih baik buat perkara yang betul dan jadi baik daripada buat perkara yang baik tapi tak betul.....

Ikhlas dalam menuntut ilmu dan jangan lupa Emak dan Ayah korang...restu mereka membawa restu Allah...Doa mereka mustajab... jangan meninggi diri dan angkuh dengan apa yang ada sekarang... semoga sama-sama kita memperbaiki diri untuk jadi insan yang lebih berguna dunia dan akhirat..amiin


till then..